Sempat Ketemu Kanak-Kanak Penghidap Kanser, Menitis Air Mata Linda Rafar Terkenang Arwah Anak

Share

Tanggal 5 Julai 2014 menjadi detik sedih bercampur reda buat penyanyi dan pelakon, Linda Rafar atas pemergian anaknya, Rezaimin Keifli atau mesra dengan panggilan Memen akibat kanser limfoma (ketumbukan kronik dalam perut).

Linda, 41, baru-baru ini berkesempatan bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki yang turut menghidap penyakit sama seperti Allahyarham Memen.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut merupakan peminat fanatik kumpulan Elite.

“Im not strong..Ya allah kuatkan la hambamu ini ..Reason why linda dah lama x join any sharing talk di pusat cancer,hospital,sekolah2,pusat kebajikan masyarakat,anak yatim n etc.. linda x kuat. 

“Posted @withrepost • @puteri_elite Pertemuan yang Allah aturkan harini pastinya amat bermakna buat adik ini kerana merupakan peminat cilik Linda Rafar.

“Namun pastinya meruntun jiwa kita dan juga Linda Rafar bila tahu keadaan adik istimewa ini yang sedang diuji dengan ujian besar,” tulisnya menerusi posting yang ‘dipost’ kembali itu.

Malah, pemilik nama penuh Azlinda Rafar ini juga terkenang akan arwah anaknya.

“Detik ini juga mengingatkan Kak Linda ngan arwah Memen. Sama2 kita doakan adik ini dan kakaknya terus kuat diberikan kesihatan yang baik dan diberi kesembuhan, semoga keluarga adik ini cekal, tabah dan terus berjuang, Amin,” kongsinya sambil disertakan video yang menyentuh perasaan.

Terdahulu, Linda mengumpul kekuatan selama empat tahun selepas pemergian Memen untuk menghasilkan lagu berjudul Satu Lagi untuk Allahyarham.

Allahyarham merupakan anak Linda hasil perkahwinan dengan pelumba dan usahawan, Keifli Othman.

Video : Instagram Linda Rafar

Published by
MH