Pelakon dan penyanyi, Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisa Jahangir Khan yang kini tampil berhijab penuh nyata mendapat reaksi positif ramai.

Bukan sahaja peminat, malah rakan artis turut sama tumpang gembira, seterusnya mendoakan agar anak gadis penyanyi senior, Rohana Jalil ini terus istiqamah.

Begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain, dia yang mesra disapa Kila menerusi satu perkongsian di YouTube memaklumkan, dirinya terharu kerana sekurang-kurangnya, perubahan yang dilakukan mampu membuatkan kedua orang tuanya gembira.

Ads

“Bapa saya yang paling sensitif, berbanding ahli keluarga yang lain. Saya dan bapa… Kami ni macam Hindustan sikitlah. Jadi bila kami saling berpelukan, mata berkaca dan tersentuh.

“Saya terharu sebab sempat tengok bapa saya gembira. Kedua orang tua gembira,” antara kata Kila menerusi video pertama yang dikongsikannya menerusi YouTube itu.

Ads

Menerusi klip tersebut yang kini sudah ditonton lebih 60,000 kali itu, bapanya kelihatan terkejut pada awal dan gembira dengan penampilan terkini anaknya lalu keduanya saling memeluk erat dan terlihat sebak.

Ads

Sementara itu menerusi ruangan komen terhadap sedutan video sama di Instagram, ramai yang tersentuh dan rasa sebak dengan reaksi spontan dua beranak berkenaan.

“Sempat Tengok Kedua Orang Tua Gembira,” – Terkejut Lalu Ukir Senyuman Syukur, Reaksi Bapa Saat Dapat Tahu Kilafairy Kini Berhijab Tutup Aurat Undang Sebak “Sempat Tengok Kedua Orang Tua Gembira,” – Terkejut Lalu Ukir Senyuman Syukur, Reaksi Bapa Saat Dapat Tahu Kilafairy Kini Berhijab Tutup Aurat Undang Sebak “Sempat Tengok Kedua Orang Tua Gembira,” – Terkejut Lalu Ukir Senyuman Syukur, Reaksi Bapa Saat Dapat Tahu Kilafairy Kini Berhijab Tutup Aurat Undang Sebak “Sempat Tengok Kedua Orang Tua Gembira,” – Terkejut Lalu Ukir Senyuman Syukur, Reaksi Bapa Saat Dapat Tahu Kilafairy Kini Berhijab Tutup Aurat Undang Sebak

Foto: YouTube Kilafairy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI