“Rasanya seperti hilang separuh badan. Seakan-akan lumpuh”
Itu luahan penyanyi dan pelakon, Noki saat pertama kali mengetahui tentang pemergian bapanya, Aji Lee Ahsam pada tanggal 9 Disember lalu.
Bagaimanapun, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan tetap menyifatkan pemergian bapanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri.
Menurut Noki, bapanya yang selama ini mengidap lumpuh separuh badan kini sudah boleh berehat di alam sana tanpa perlu menderita lagi.
“Saya tidak pernah kehilangan orang terdekat atau keluarga. Kali terakhir mungin nenek saya. Itu pun ketika masih kecil. Masa itu tak tahu apa-apa sangat.
“Kali ini, orang yang paling saya sayang pergi. Namun, saya bersyukur kerana segala urusan menguruskan jenazah dipermudahkan.
“Arwah bapa saya mengidap lumpuh separuh badan daripada pinggang hingga kaki. Dia memang duduk di atas katil sahaja. Makan, buang air dan ambil wudhu pun di situ. Saya bersyukur kerana penderitaan dia sudah berakhir,” katanya kepada MH.
Ads
Noki yang juga merupakan anggota kumpulan K-Clique berkata sedemikian ketika ditemui majlis sidang media Fiesto Fest Melaka 2022 yang diadakan di ibu kota pada Jumaat.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Payung Pelangi ini turut mendedahkan bapanya itu seakan-akan mengetahui yang dirinya bakal meninggalkan keluar untuk selama-lamanya.
“Selama ini, bapa saya tak boleh potong kuku kakinya sendiri tetapi sebelum pergi, semuanya dipotong sendiri. Kemas dan cantik pula tu.
“Malah, dia juga sudah mandi dan buang segala hadas. Proses tersebut memudah urusan mandi jenazah. Dia seperti dah tahu.
Ads
“Apa yang membuatkan saya dan adik- beradik lain terkejut, bapa saya sempat menukar tarikh lahirnya di Facebook kepada tarikh dia meninggal,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, sebagai anak lelaki, dia akan berusaha mencari kekuatan demi memberi kesenangan buat keluarganya.
“Walaupun saya ini anak bongsu tetapi yang sedikit lebih berkemampuan adalah saya. Saya percaya, rezeki yang saya peroleh saat ini, bukan saya yang punya. Ia hanya asbab untuk saya bantu keluarga.
“Itu menguatkan saya sampai sekarang. Saya akan pegang nasihat arwah untuk sentiasa menjaga solat. Daripada solat, kita akan menghindar daripada perkara yang bukan-bukan.
Ads
“Meski saya belum sempurna, saya akan perlahan-lahan berubah ke arah yang lebih baik,” akhirinya.
Terdahulu, Noki bakal membuat persembahan bersama MK di Fiesto Fest Melaka yang akan diadakan bermula 29 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023.
Festival selama empat hari ini sememangnya sarat dengan aktiviti bermanfaat seperti sukan, seni dan budaya serta expo jualan.
Malah, persembahan bunga api juga turut akan diadakan bersempena sambutan Ambang Tahun Baru 2023.
Selain Noki dan MK, antara selebriti tempatan yang turut akan membuat persembahan adalah seperti Asfan Shah, Azlan & The Typewriter, Kristal dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rakaman video yang memaparkan seorang jejaka bernama Amsyar Sadri yang meniru gaya nyanyian beberapa penyanyi tanah air telah tular di laman media sosial.
Sejak akhir-akhir ini, ramai yang memuat naik video berkaitan termasuk penyanyi Nourul Depp.
Penyanyi Kerana Terluka ini berkongsi rakaman video di laman media sosial Instagram miliknya dan turut memuji Amsyar sangat berbakat dalam nyanyian.
“Budak amsyar ni! Talented betui!!! Hahahhaa kelakar! Nak lagi !!!
“Ni dah macam @arianagrande ni boleh tiru suara! Legend rules!
“#talented #amsyarsadri kami kalau laggaq pintu atau apa apa; tak keluaq lagu tu… dia keluaq perkataan lain (not that I’m proud of).
“Nanti nak cuba maacm ni ahhahaha,” tulisnya seloroh.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen juga meluahkan rasa terhibur melihat perkongsian Nourul.
Video: Instagram Nourul Depp
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Assalamualaikum hi guys @rajasyahiranmy dan Uyaina kami both tested positive for covid since a few days ago.
“Syahiran boleh quarantine di rumah tapi Uyaina kena tahan di ward sebab low blood pressure dan badan lemah. First time being away from my husband.
“Lain orang mungkin rasa berbeza-beza bila kena covid ni. Ada orang maybe mild symptoms.
“Tapi, my body feels sakit sangat-sangat esp during the first 2-3 days. Nak jalan pergi toilet pun merangkak. Badan rasa macam kena pukul.
“Tekak rasa macam kena lenyek. Susah nak nafas. Demam menggigil. Dan paling bahaya sebab dia kacau our internal organs,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program, Wanita Hari Ini itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, musibah seperti ini banyak mengajarnya untuk menghargai setiap waktu dan momen ketika diberikan nikmay kesihatan.
Dikesempatan itu juga, Uyaina turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesembuhan dirinya dan juga suami.
“Tu pun kita dah cucuk vaksin. Bayangkan orang yang tak ambik vaksin langsung? Yang anti-vax? Taktahu macam mana haywire lah badan dorang.
“I post this picture to remind myself what being healthy feels like. Dan untuk mengingatkan kami yang nikmat paling besar Allah bagi adalah nikmat kesihatan. Kita kena jaga baik-baik.
“Stay safe everyone. Yana doakan korang tak kena covid ni esp orang-orang tua dan budak-budak sebab taktau cemana badan dorang nak terima.
“Jangan lupa doakan kesembuhan buat kami dan semua yang sedang berlawan dengan covid,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Uyaina.
Sekadar informasi, Uyaina dan Syahiran baru sahaja mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 21 Disember tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Uyaina Arsyad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...