
Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli baru-baru ini telah menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-20 bersama suami tersayang yang turut disertai anak-anak.
Mencuri perhatian ramai, Kak KM yang juga anak dramatis senior, Normah Damanhuri ini ada berkongsi momen indah sepanjang majlis di media sosial miliknya, termasuk di Instagram.
Sambil meluahkan rasa syukur, Kak KM turut menitipkan dedikasi indah suami tersayang, Razman Ramli.
“Dec 2022 genaplah 20 tahun ulang tahun perkahwinan kami…love you husband,” tulisnya sambil memuat naik foto saat mereka disatukan.
Turut mencuri tumpuan, majlis turut diserikan dengan 20 tingkat sebagai simbolik usia perkahwinan mereka.
“Sempena 20 tahun, cake 20 tingkat,” tulis Kak KM ringkas pada ruangan kapsyen yang merakamkan mereka sekeluarga mengenakan persalinan polos putih.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rozita Izlyn Tersingkir GV7 Dengan Markah 57.40 Peratus, Beza 2.80 Peratus Dengan Ayu Damit. Ikuti Markah Peserta Yang Tinggal

Rozita Izlyn terpaksa akur apabila namanya diumumkan sebagai bintang Gegar Vaganza 7 (GV7) yang tersingkir di dalam saingan minggu duet ‘Double Special’ malam tadi.
Tampil membuat persembahan menerusi lagu sendiri berjudul Mengapa Sukar Melafazkan Maaf bersama Ezad Lazim, Rozita memperoleh markah terendah sebanyak 57.40 peratus.
Rozita pada masa menjelaskan, tahap kesihatannya pada minggu ini juga tidak mengizinkan seterusnya reda perjalanannya di GV7 terhenti malam ini.
Markah setiap bintang kali ini diberikan juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim bersama dua juri jemputan, Datuk Awie dan Aisyah.
Noraniza Idris unggul di tempat pertama dengan 79.60 peratus dan sekaligus memenangi Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi.
Dalam senarai, ini dia markah penuh kesemua bintang minggu ini;
Kini, tinggal lagi 9 bintang yang bakal meneruskan perjalanan di minggu ketujuh GV7.
Terdahulu, Cliff Umar diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi dan penyanyi popular 70an, Azman Idris yang menghidap kanser prostat tahap empat dan mempunyai masalah buah pinggang menerima sumbangan dari penaja menerusi segmen Kongsi Rezeki.
Program hiburan realiti ini dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV musim ini menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Ayah Dan Mama Sudah Tentu Bantah…,”- Didakwa Sokong, Sertai Organisasi Illuminati, Ini Reaksi MK & K-Clique

Anggota kumpulan K-Clique, MK menafikan dakwaan segelintir pihak yang anggap dirinya ada menyokong organisasi Illuminati.
Ia berikutan tularnya sebuah video yang memaparkan MK mempersembahkan sebuah lagu yang liriknya dikatakan ada berkait dengan organisasi rahsia itu.
Malah lambang yang sinonim dengan Illuminati ‘666’ turut tertera pada video berkenaan.
Bagaimanapun, MK menjelaskan bahawa video tersebut hanyalah ‘social experiment’ untuk mengajar netizen di luar sana untuk selidik dan tidak memerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh orang lain.
“Kalau saya join illuminati ayah dan mama sudah tentu membantahnya. Saya masih lagi dipemikiran yang wajar. Saya sendiri tak percaya semua benda itu.
“Sebagai penyanyi rap, kami akan membawa pengisian rap kami dalam pelbagai bentuk dan tiada tapisan akan dibuat.
“Sama ada dari segi penyampaian atau mesej yang ingin kami selitkan, pastinya ia berbeza. Pandangan kami, setiap orang itu mudah untuk terima 100 peratus apa sahaja yang diperkatakan oleh orang lain tanpa berfikir panjang.
“Segala benda yang kami lakukan orang tetap akan berkata juga dan kerana itu setiap muzik kami adalah eksperimen kami untuk buat yang lebih baik,” katanya kepada MH.
MK berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran jenama rokok elektronik terbaru, BAL, di Bukit Jalil pada Jumaat.
Dalam pada itu, penyanyi lagu ‘Malu Apa Bossku’ itu turut meluahkan rasa bangga apabila ramai artis ‘mainstream’ ketika ini mahu berkoleborasi bersama mereka.
“Bila ramai artis mainstream yang mahu berkoleborasi bersama kami, kami dapat rasakan penghargaan tersebut sangat ‘real’ dan itu bermakna muzik kami ini didengari.
“Muzik kami diterima dan kami berada di zon yang orang nampak. Kami tidak mengharapkan lebih sebenarnya,” jelasnya lagi.
Terdahulu, majlis pelancaran alternatif rokok elektronik, BAL adalah untuk menyahut saranan kerajaan supaya rakyat Malaysia berhenti merokok menjelang tahun 2025.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Drama Idris Khan & Intan Najuwa Trending Nombor 1, Penerbit Jaja Ishak Syukur Lega – “Memang Banyak Cabaran Yang Dihadapi Untuk Siapkan…”

Penerbit daripada rumah produksi Kembara Sufi Production Sdn Bhd, Jaja Ishak bersyukur kerana drama yang menggandingkan Idris Khan dan Intan Najuwa, Saat Kau Takluk Cinta ini menjadi perhatian pencinta drama bersiri tempatan.
Malah sokongan yang diterima membuatkan dirinya terharu, meski ada di antara kita yang kini diuji dengan musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri sejak minggu lalu.
“Alhamdulilah, sambutan yang diterima cukup baik dan saya gembira dengan sambutan peminat.
“Dalam pada negara berhadapan dengan musibah banjir, masih ada lagi yang memberikan sokongan kepada drama Saat Kau Takluk Cinta Ini,” katanya.
Drama berkenaan kini bersiaran menerusi slot Samarinda bermula 20 Disember lalu, merupakan kisah yang diadaptasikan daripada novel berjudul yang sama karya Sera Hezra.
Malah, ia juga trending nombor satu di aplikasi Iqiyi Malaysia yang turut menayangkan drama tersebut sejam selepas ditayangkan di TV3.
“Memang banyak cabaran yang kita hadapi untuk menyiapkan drama ini. Kami telah memulakan penggambaran pertengahan tahun ini sebenarnya.
“Namun dek kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika itu, kami terpaksa menangguhkan penggambaran dan menyambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri.
“Apa-apa pun saya bersyukur kerana dapat menyiapkan naskhah ini seperti mana yang dijadualkan. Melihatkan sambutan hangat daripada peminat, itu menambahkan lagi semangat kami,” katanya lagi.
Skrip diolah semula oleh Eja Lorena dan diarahkan oleh Zamri Zakaria ini menjalani penggambaran di sekitar Kuantan, Pahang dan Kuala Lumpur sebagai lokasi utama.
Kisah bermula apabila Haira Melissa lakonan Intan Najuwa telah dibuang daripada keluarga setelah dituduh merampas tunang kepada adik tirinya. Dia melarikan diri ke sebuah kampung untuk mencari kawan baiknya.
Dalam hujan, dia yang menumpang berteduh di sebuah pondok bertemu dengan Rahhal Taufiq (Idris Khan) secara tidak sengaja dan bermulalah konflik satu persatu selepas itu.
“Jika diikutkan jalan cerita yang dipersembahkan dalam drama ini begitu kuat dan penuh dramatik. Saya beruntung kerana dapat bekerjasama dengan barisan pelakon hebat kali ini.
“Semua memberikan kerjasama yang baik dan dalam masa yang sama terus menghidupkan watak mereka. Saya harap drama ini terus diterima ramai dan memberikan sesuatu yang baharu kepada semua,” katanya.
Selain Idris Khan dan Intan Najuwa, Saat Kau Takluk Cinta ini turut dibintangi oleh Wafariena, Shakilla Koriri, Shazwan Zulkifly, Wan Maimunah, Raja Azmi, Farhan Asri, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Tedahulu, runut bunyi drama terbabit, Takdir nyanyian Aliff Iskandar turut dilancarkan dan muzik video rasminya boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music serta boleh juga didengar melalui semua platform digital.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI