“Sempena 20 Tahun, Kek 20 Tingkat,” – Serba Putih & Turut Disertai Anak-Anak, Majlis ‘Anniversary’ Kak KM Curi Perhatian

Share

Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli baru-baru ini telah menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-20 bersama suami tersayang yang turut disertai anak-anak.

Mencuri perhatian ramai, Kak KM yang juga anak dramatis senior, Normah Damanhuri ini ada berkongsi momen indah sepanjang majlis di media sosial miliknya, termasuk di Instagram.

Sambil meluahkan rasa syukur, Kak KM turut menitipkan dedikasi indah suami tersayang, Razman Ramli.

“Dec 2022 genaplah 20 tahun ulang tahun perkahwinan kami…love you husband,” tulisnya sambil memuat naik foto saat mereka disatukan.

Turut mencuri tumpuan, majlis turut diserikan dengan 20 tingkat sebagai simbolik usia perkahwinan mereka.

“Sempena 20 tahun, cake 20 tingkat,” tulis Kak KM ringkas pada ruangan kapsyen yang merakamkan mereka sekeluarga mengenakan persalinan polos putih.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini

Published by
MH