Sempena Hari Jadi, “Cuma Jodoh Je Tengah Kutunggu Untuk Kujaga Dan Dijaga…” Nazim Othman Mahu Dengar Doa Yang Baik-Baik

Share

Pelakon, Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman ada berkongsi sekeping foto di akaun Instagram miliknya.

Kongsi pelakon kelahiran Labuan itu, dia telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 tahun, semalam.

Menerusi entri tersebut, Nazim berdoa agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sedang menanti jodoh untuk dirinya.

“Hari ni Hari Malaysia. 16 September adalah tarikh saya lahir. Selamat bercuti pada ulangtahun hari kelahiranku.

“Alhamdulliah, masih dikurniakan nafas dan kekuatan untuk menempuh hidup yang wow! Full of surprises. Anyway , saya bersyukur atas kesihatan yang baik, rezeki yang sentiasa mengalir dan jugak ruang untuk memperbaiki kekurangan diri yang penuh khilaf ini.

“Cuma jodoh je tengah kutunggu untuk kujaga dan dijaga olehnya.

“Tak nak hadiah. Rumah dah penuh barang nak letak hadiah tak tau kat mana. Kek pun tak nak. Lebih baik awak simpan duit tu dalam tabung atau bagi kat anak-anak yatim.

“Saya cuma nak dengar doa yang baik-baik je dari korang untuk saya sempena hari jadi saya ni. Thank U guys! May God bless us all.,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar Nazim dipertemukan jodoh yang baik dan dipanjangkan umur.

Terdahulu, Nazim pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang pelakon dan model, Nabilah Ali Dally atau lebih dikenali sebagai Bella Dally pada 10 September 2016.

Bagaimanapun, mereka telah disahkan bercerai pada 2 Mei 2018.

Foto : Instagram Nazim Othman

Published by
Nazar Rafiqhi