Menerusi laman Instagram pelakon awal malam tadi, Izreen Azminda telah memuat naik beberapa keping foto menerusi posting terbaru.
Menariknya, pelakon itu telah berkongsi gambar sambutan hari kelahiran buat suaminya, pemuzik Ude Wahid.
“Happy Birthday My Dear Husband @udewahid …Semoga diberi kesihatan yg baik.. Dan makin makin makin dimurahkan rezeki.. Dipanjangkan usia dan sentiasa dibawah rahmatNya.. (kek batik yg super sedap ni..
“Dah tentu2 dari @lolalicious.co ….tq sbb tunaikan permintaan iols yg aneh aneh last min ni.. Mintak diluar kebiasaan yg uols selalu buat.. Alhamdulillah berjaya rasa tetap tip top!!!!)”tulisnya.
Ads
Pelakon yang berasal dari Kangar, Perlis ini dilihat untuk sambut hari jadi suami dengan menghadiahkan sebiji kek batik.
Walaupun kelihatan sederhana, namun nyatanya terserlah keikhlasan Izreen terhadap suami tercinta.
Ads
Menjengah di akaun Instagram Ude pula, dia turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih buat si isteri.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkongsi video pertemuannya dengan isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri sambil menikmati makan tengahari bersama-sama.
Video yang kini menerima puluhan ribu tanda suka dikongsi isteri Aliff Aziz ini bersempena dengan sambutan Hari Wanita yang diraikan hari ini.
Menerusi hantaran sama, Bella turut memberikan dedikasi istimewa buat ibu kepada sepasang cahaya mata itu.
“Happy Womens Day to all the incredible and beautiful women! Shine on… not just today but everyday.
“Especially to my beautiful adik @shushukriii. Percayalah selepas hujan, pasti akan ada pelangi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Pada permulaan video, ia merakamkan Bella yang menghulurkan salam lalu disambut Shuhada yang dilihat menitiskan air mata. Malah Bella juga turut dilihat sebak.
Terdahulu pada minggu lalu, Shuhada yang turut dikenali sebagai Shu menjadi perhatian selepas mendakwa dia ditumbuk dipercayai suami sendiri sehingga mendatangkan kecederaan.
Atas insiden yang berlaku, Shuhada telah membuat laporan polis dan kes berkenaan kini dalam siasatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umum mengetahui, cinta lokasi antara lumrah yang biasa terjadi dalam industri hiburan tanah air mahupun antarabangsa.
Apabila para pelakon kerap kali bertemu di lokasi pengambaran dengan membawakan pula watak serta adegan berkasih-sayang, sudah tentu ada kalanya bibit-bibit cinta itu mulai terasa.
Bagaimanapun, pengacara dan pelakon, Shaza Bae cuba elak hal tersebut daripada berlaku kerana dia berpendapat cinta di lokasi boleh mengganggu konsentrasinya untuk memberikan mutu lakonan yang terbaik.
Jelas Shaza, sepanjang berada di set pengambaran, fokusnya hanya tertumpu mengenai soal kerja semata-mata.
“Cinlok (Cinta lokasi) itu wujud tapi bukan untuk saya. Saya tidak mahu, tidak ingin dan tidak akan terjebak InsyaAllah.
“Sebab kita pergi set nak kerja. Itu mindset saya. Saya tahu bila saya pergi ke set, saya berikan sepenuh komitmen. Saya sendiri tak tahu macam mana pelakon lain boleh bercinta di lokasi,” katanya kepada MH.
Menurut Shaza yang juga merupakan Juara Dewi Remaja 2019/2020 ini lagi, jadual kerja yang padat serta komitmen menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan mengenai soal tersebut.
“Bila saya pergi ke set saya hanya akan fikir mengenai cara lakonan saya. Saya tidak faham macam mana pelakon lain boleh ada masa untuk fikirkan hal tu.
“Saya hanya fokus pasal lakonan, watak dan macam mana wajah saya bila di hadapan lensa. Baju dan turutan babak pun nak kena fikir lagi. Kemudian nak lari pula pergi mengacarakan Hlive. Saya memang tiada masa untuk semua itu,” jelasnya jujur.
Dia pada masa sama menyifatkan masing-masing mungkin mempunyai pandangan berbeza.
Dalam perkembangan lain, Shaza ketika ini sedang sibuk mempromosikan drama terbaru lakonannya, Marry Me Seniorita arahan Michael Ang.
Ketika ramai yang menganggap dia kini merupakan ‘anak emas’ kepada Michael, Shaza menambah apa yang diperolehinya kini sebagai rezeki.
“Saya dah dua kali berlakon drama arahan Michael. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
“Saya ada satu lagi projek lakonan tapi bukan dengan Michael cuma dia yang mencadangkan nama saya pada produksi tersebut. InsyaAllah saya akan mulakan pengambaran minggu depan,” katanya.
Sumber Foto: Instagram Shaza Bae
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Melakonkan watak isteri yang dicurangi dalam drama terbaharu, Curang Tanpa Niat tidak menggugat kepercayaan pelakon Mira Filzah terhadap suaminya iaitu Wan Emir Astar.
Menurut Mira, sebagai palakon berpengalaman, dia masih mampu mengawal emosi dan tidak terbawa dengan perasaan sehingga ke rumah.
“Sejujurnya, secara peribadi, saya tahu perkahwinan saya macam mana. Jadi, saya tidak mencampurkan antara urusan kerja dan peribadi.
“Setakat ini, tidak pernah timbul sebarang rasa yang tidak selesa di dalam diri selepas berlakon drama ini.
“Suami pun tahu tentang watak saya ini. Malah, dia juga sangat menyokong,” katanya kepada MH.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Curang Tanpa Niat, baru-baru ini.
Drama ini mengisah tentang konflik yang perlu dihadapi oleh isteri apabila suaminya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja atau bahasa modennya dipanggil ‘office wife’.
Ditanya mengenai tindak tanduk yang boleh dianggap sebagai curang, Mira menyifatkan setiap pasangan mempunyai perspektif yang berbeza.
“Perkara ini sangat susah untuk dijelaskan. Mungkin bagi segelintir pihak, perbuatan ‘A’ ini boleh dianggap curang. Bagi orang lain, mungkin tidak.
“Jadi, untuk saya menghuraikan tindakan manakah yang betul atau salah, itu agak susah.
“Bila bercakap soal hubungan perkahwinan, komunikasi diantara suami dan isteri memang sangat penting. Ada pasangan yang memang ‘chill’, relax dan okay dengan segala hal.
“Namun, ada juga pasangan yang sangat menjaga setiap tindak tanduk,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Mira turut berpandangan setiap pasangan suami isteri harus menjaga batas pergaulan agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.
“Sebagai individu yang sudah berkahwin, kita memang kena menjaga batas pergaulan. Itu hal yang paling penting. Bila sudah berkahwin, status kita pun sudah berubah daripada cik ke puan.
“Ditambah pula bila kita punyai anak. Tanggungjawab itu sangat berat,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Mira turut mendedahkan dia dan suami akan sentiasa berkomunikasi untuk berbincang tental segala hal dalam rumah tangga.
“Kami memang meletakkan kepercayaan diantara satu sama lain. Kami juga sentiasa berkomunikasi. Kami berbincang tentang apa yang boleh dan tidak boleh,” akhirinya.
Terdahulu, drama Curang Tanpa Niat bakal bersiaran bermula 23 Disember depan di saluran Astro Ria dan platform penstriman Astro Go dan sooka.
Selain Mira, drama arahan pengarah Eyra Rahman ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Shukri Yahaya, Sharifah Sakinah, Evertts Gomes dan Azqa Aziz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan, Ifa Raziah dilaporkan sudah sedar dan kini berada dalam pemantauan doktor di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, selepas pengsan di...