Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, menerusi Mingguan Wanita edisi Julai, ada berkongsi mengenai perkembangan dirinya sekeluarga kini.

Mengabadikan foto bersama anak daranya, Marissa Dania Hakim untuk muka depan majalah berkenaan, bintang berusia 41 tahun ini turut bercerita mengenai didikannya buat anak-anak.

Difahamkan, meski Abby membenarkan wajah anaknya digandingkan bersama dalam penggambaran, namun itu tidak bermakna dia memberi lampu hijau sepenuhnya buat anak-anak untuk menceburi bidang seni.

“Semua Anak-Anak Saya Perlu Menghafal Al-Quran,”- Abby Abadi

“Sebenarnya saya tidak menggalakkan anak-anak masuk ke dalam industri seni. Anak saya terutamanya Danish suka dan minat benda-benda seni tetapi saya tidak menggalakkannya. Saya mahukan dia menjadi manusia yang beriman.

Ads

“Saya juga berharap biar penuh ilmu di dadanya agar dia tidak lalai dengan suruhan agama Islam. Dania pula memang tidak ada minat dalam bidang seni sebab dia sangat pemalu orangnya. Begitu juga dengan Danisha,” ujar Abby seperti yang dipetik.

Kini sedang hamil anak keempat, pelakon Gerak Khas 2019 ini juga mendedahkan, dia benar-benar berharap agar semua anak-anaknya mampu menghafaz ayat suci al-Quran.

Ads

“Semua Anak-Anak Saya Perlu Menghafal Al-Quran,”- Abby Abadi

“Semua anak-anak saya perlu menghafal al-Quran,” katanya menanam cita-cita.

Ads

Abby kini mengambil dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia.

Terdahulu, hasil perkahwinan bersama pelakon Norman Hakim, Abby dianugerahkan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11.

Foto: Instagram Abby Abadi/ Mingguan Wanita

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI