“Semua Dia Nak Buat,” – Netizen Kagum Yusuf Iskandar Rajin Bantu Ibu Di Dapur, Sampai Bawang Putih Jadi Coklat Chip!

Share

Pelakon Hanis Zalikha berkongsi momen istimewa bersama anak sulung, Yusuf Iskandar membantunya menyediakan menu masakan di dapur.

Jelas Hanis, Yusuf cukup gemar membantu apa sahaja yang dilakukan dan ternyata memudahkan rutin hariannya.

Lebih melucukan, sewaktu memasukkan bahan-bahan di dalam mesin kisar, bawang putih disebut sebagai coklat chip oleh kanak-kanak berusia tiga tahun ini.

“I loveee cooking early in the morning with @theyusufiskandar . Semua dia nak buat dah jadi macam little helper everyday. Nasi nak cedokkan.

“Telur pun nak tolong pecahkan. Yang tak kena mengena macam letak air dalam ice tray pun buat. Tolong Mommy selalu ya sayang,” tulisnya.

Video yang mendapat hampir 300,000 tontonan ini mendapat pujian netizen yang rata-rata kagum dengan cara Hanis mendidik anak lelaki.

Foto : Instagram Hanis Zalikha

Published by
Noraini Abd Wahab