“Semua Gila Sebab Nak Tahu Pasal Saya, Seolah Pencuri,” – Ramai Membawang Fasal Namanya, Sajat Mulai Naik Hantu!

Share

Kecoh beberapa hari lalu mengenai ahli perniagaan, Nur Sajat yang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu kerana gagal menjelaskan cukai GST. 

Bagaimanpun, usahawan sensasi itu telah pun membayar denda. 

Selain kes berkenaan, netizen pada masa sama turut mempersoalkan perihal nama sebenarnya yang selama ini tidak pernah didedahkan mana-mana pihak. 

Pelbagai reaksi diberikan netizen mengenai hal tersebut lalu ia seperti dizahirkan menerusi menerusi kapsyen yang dimuat naik Sajat menerusi Instagram. 

Dipercayai, status itu mungkin ada kaitan dengan segala apa konflik yang berlaku terhadap dirinya. 

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata telah memberikan komen yang pelbagai. 

Terdahulu, kad pengenalan Sajat telah tersebar luas di media sosial sekali gus menjadikan usahawan itu ‘naik hantu’.

 

Foto : IG Sajat 

Published by
MH