Semua sluar jeans miliknya terpaksa dikecilkan! Itu pendedahan mengejutkan penyanyi lagu ‘Ada Apa Dengan Cinta’ yang suaranya banyak melatari ost filem-filem di Indonesia, Melly Goeslow.
Melly kini telah tampil lebih kurus dari sebelumnya dan mendedahkan kepada media bahawa dia telah berjaya kehilangan sebanyak 23 kilogram berat setah menjalani pembedahan Bariatrik.
Menurut Melly pembedahan tersebut dilakukannya di Rumah Sakit Pondok Indah. Untuk mencegah obesiti dan mendapatkan tubuh badan ideal yang lebih sihat.
Kini, berat badan Melly berjaya dikurangkan sehingga 23 kilogram dalam jangkamasa empat bulan.
Jelas Melly lagi, terdapat beberapa perubahan pola pemakanan dan gaya hidup yang berubah setelah dia menjalani pembedahan itu.
“Berat badan sata sekarang adalah sekitar 64 kilogram dari 87 kilogram. Sudah empat bulan sejak saya menjalani pembedahan itu pada 15 Julai lalu. Semua seluar jeans milik saya sudah bersedia untuk dikecilkan,” kata Melly Goeslaw lapor Kompas.com.
Penat Dan Susah Untuk Diet
Melly menjelaskan, ada beberapa sebab yang membuatkan dirinya nekad untuk menjalani pembedahan Bariatrik ini, antaranya adalah kelelahan untuk terus disiplin mengambil supplement untuk melangsingkan badan.
“Sebenarnya saya dah terlampau penat untuk mengambil supplement diet. Bayangkan selama 12 tahun, berapa juta ubat yang telah masuk ke dalam badan saya. Itu belum lagi termasuk suntikan dan sebagainya,” ujar Melly.
Pelantun lagu ‘Denting’ itu juga mengakui agak sulit bagi dirinya untuk menjalani program diet, kerana dia tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Khabar gembira akhirnya berpihak kepada Katy Perry apabila kes saman terhadap dirinya yang sudah berlangsung hampir enam tahun selesai.
Penyanyi terkenal itu tidak lagi perlu membayar saman berjumlah lebih RM11 juta kepada penyanyi rap, Flame atau nama sebenarnya Marcus Gray.
Pada 2016, Marcus mendakwa Katy Perry memplagiat lapan not ostinato daripada lagu Joyful Noise miliknya yang diterbitkan pada 2009 dan menggunakan not tersebut di dalam lagu Dark Horse yang menjadi antara lagu hit pada 2013.
Marcus menyaman Katy dan defendan bersama termasuk Capitol Records pada 2016 dan pada mulanya dianugerahkan lebih RM11 Juta juta dalam keputusan juri tiga tahun kemudian.
Namun begitu Katy merayu dan hakim mahkamah daerah persekutuan mengosongkan keputusan itu pada Mac 2020.
Seorang hakim dari mahkamah rayuan ninth circuit kini telah memutuskan bahawa Marcus cuba menuntut “monopoli yang tidak wajar” ke atas “blok pembinaan muzik” yang konvensional.
Ostinato dalam lagu Katy dan Marcus masing-masing “terdiri sepenuhnya daripada unsur muzik biasa, dan persamaan antara mereka tidak timbul daripada gabungan asal unsur-unsur ini”, menurut kenyataan dari keputusan yang baru dibuat.
Hakim memutuskan bahawa untuk membenarkan hak cipta ke atas tuntutan ini akan menghadkan kreativiti muzik.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Sumber: The Guardian, Kredit foto: Instagram Katy Perry
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu mana yang tidak sedih apabila anak ditahan pihak polis. Isteri kepada Shah rukh Khan, Gauri khabarnya bersedih dan ‘berkabung’ sejak Aryan Khan ditahan oleh NCB pada 3 Oktober lalu atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
Walaupun pasangan popular Bollywood ini mahu mengikat jamin anak mereka, permintaan itu tidak diluluskan. Aryan Khan dijangka akan ditahan sehingga 20 Oktober ini sehingga pihak mahkamah membuat keputusan semula mengenai permintaan tersebut.
Dalam laporan Times of India, Gauri dikatakan mengarahkan cef di rumah agamnya yang digelar Mannat untuk tidak memasak sebarang manisan selagi Aryan tidak pulang ke rumah.
Semuanya berlaku apabila cef tersebut memasak manisan jenis kheer (sejenis puding basah yang manis) untuk waktu makan tengah hari dan isteri bintang Bollywod itu terus mengarahkan cef tersebut untuk berhenti memasak.
Dalam perkembangan lain, untuk mengelakkan menimbulkan kekacauan dan menarik perhatian kepada Mannat, Shah Rukh bahkan meminta rakan-rakan baiknya tidak berkunjung ke kediamannya itu.
Menurut sumber, “Shah Rukh Khan berhubung menerusi telefon dengan semua rakan dan rakan industrinya, dan perkara itu telah menjadi tonggak kekuatan yang kuat untuk seluruh keluarganya.
“Dia sangat yakin membiarkan undang-undang itu berjalan lancar dan dalam semua percakapannya, dia menyatakan bahawa dia akan bekerjasama dengan cara apa pun yang diperlukan dalam pendengaran dan siasatan kes Aryan.”
Bimbang dengan keadaan anaknya di dalam penjara, Shah Rukh Khan menghantar wang sebanyak RM250 kepada pihak penjara untuk perbelanjaan membeli makanan untuk Aryan.
Kecoh atmosfera dunia Hollywood sejak beberap hari ini apabila aktor Channing Tatum secara terbuka ‘payung’ hubungan mesranya dengan penyanyi Flashlight, Jessie J.
Malah, keduanya dilihan berliburan dan jalan berpimpinan tangan di pinggir Hollywood, baru-baru ini tanpa menghiraukan aksi mereka dirakam lensa kamera paparazzi.
Pasangan selebriti itu itu tampi mengenakan persalinan kasual sambil tersenyum saat ditanya mengenai hubungan di antara keduanya. Foto-foto kandid mereka juga turut dikongsi ramai di media sosial.
Lebih menguatkan spekulasi, ada pengguna dari Twitter juga mendakwa pernah melihat pasangan ini berkongsi Channing Tatum dilihat menghadiri beberapa konsert Jessie J di Seattle dan Salt Lake City.
Bahkan, aktor bergelar duda itu juga dikatakan turut mengisi masa bersama penyanyi asal Britain itu bermain golf mini minggu lalu.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas hampir 12 tahun mencuba nasib menyertai pelbagai program nyanyian, penyanyi Farhan Mustapha memanjatkan rasa syukur selepas dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024.