“Semua Kedai Tepek Muka Dia,” – Dituduh Guna ‘Kabel’, Tenang Rileks Jawab Balas Fazley Yaakob

Share

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi satu ciapan yang dibuat seorang individu di Twitter yang mendakwa dia seolah-olah menggunakan khidmat orang dalam atau ‘kabel’ untuk menjadi duta beberapa jenama makanan.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu Asmara Ini memuat naik kembali ciapan tersebut di Instagram miliknya.

“Kuat betul cable chef fazley tu eh. Semua kedai tepek muka dia lol,” ciap individu berkenaan sambil turut dibalas Fazley.

Dalam pada itu, dia menerusi ruangan kapsyem hantaran terbabit memberikan respon susulan dakwaan terbabit.

Jelasnya, kejayaan yang dimilikinya hari ini adalah atas berkat doa ibu dan isteri tercinta.

“Memang kabel saya kuat! Kabel doa Ibu dan isteri sehari 5 kali yang wajib dan doa berkali-kali yang sambil-sambil masak,

“Sambil tengok Netflix, sambil kemas baju, sambil basuh pinggan. Kabel memang kuat bhai! Nak try kabel saya tak?,” tulisnya sinis.

Reaksi terbabit turut menerima pandangan daripada para pengikutnya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Fazley Yaakob

Published by
Nazar Rafiqhi