Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik foto kandid bersama Abby Abadi dan suaminya, Faizal Zakaria menerusi Instagram.

Turut kelihatan di dalam gambar yang dimuat naik itu ialah isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang dilihat sedang berbincang mengenai projek terbaru di antara mereka.

Jelas Aliff, dia senang dengan sikap pasangan berkenaan dalam kerja dan sebelum ini, mereka pernah bekerjasama menerusi beberapa projek.

IKLAN

“Nantikan new projek kami. Alhamdulillah bukan senang nak jumpa orang yg boleh buat kerja dgn jujur.

“Saya senang betul kerja dengan @jaiezzany dan @abby_abadi112, kalau saya bg job semua settle dgn jayanya, ikut dateline,” katanya.

Hero filem Badang ini juga menyatakan ras hormat buat bintang Gerak Khas dan suaminya itu dalam mencari rezeki.

“Saya salute juga semangat mereka cari duit, semua mereka buat asalkan halal dan berkat.

“Alhamdulillah byk job di @sugehhillresortjandabaik ni saya pass pada mereka semu menjadi…ni tgh discuss nak bagi job baru.

“So korang kalau nak buat CCTV,playground,senibina boleh cari mereka ni ok!,” tulisnya lagi.

Sementara itu, Abby turut memuat naik posting sama di Instagram miliknya.

Foto: Instagram Aliff Syukri