Mengumumkan persaraannya sebagai penyanyi 27 November tahun lalu sempena ulang tahun kelahiran ke-40, Altimet bagaimanapun menjelaskan, masih ramai yang tak memahami maksud ‘bersara’ yang lafazkan.
Malah tambah penyanyi rap ini, kenyataan bersara keluar daripada media dan bukan dirinya.
“Saya tidak pernah menggunakan perkataan bersara, media yang menggunakannya untuk menarik perhatian pembaca.
“Lagipun, rata-ratanya tidak memahami dan hanya membaca tajuk.
“Saya mengatakan saya hanya berhenti membuat persembahan rap di atas pentas dan berhenti merakam lagu kerana dua perkara ini menjadi terlalu senang untuk saya.
“Mungkin akan ada yang tersalah tafsir kenyataan ini. Kini saya hanya akan melakukannya untuk orang lain, bukan lagi diri sendiri,” luahnya.
Masih lagi berkarya dalam industri hiburan, Altimet turut akui dia lebih gemar terokai bidang baru yang lebih mengujakan rutin harian.
“Kini saya cuba teroka bidang baru yang saya tidak punya sebarang pengalaman. Cukuplah 30 tahun saya mendalami ilmu rapping.
“Sebab itu saya cuba buat perkara lain yang lebih mengujakan. Sentiasa cuba keluar daripada zon selesa,” jelasnya.
Bintang ini berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Ejen Ali The Movie di GSC Mid Valley, pada Rabu.
Dalam perkembangan lain, Altimet turut terlibat dalam runut bunyi Ejen Ali The Movie berjudul Kita Jaga Kita bersama Cuurley dan Malik Abdullah dan bakal dilancarkan di semua platform digital mulai 25 Oktober ini.
Pada masa sama, bintang ini turut meminjamkan suara bagi watak Andik bagi filem animasi ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI