Ibu kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohammed mengakui memilih untuk membuka akaun TikTok demi mencari lebih peluang dalam perniagaan.

Menurut Noor Kartini, 56, ini masa yang dirasakan paling sesuai memandangkan ramai yang mulai bercakap mengenai aplikasi sosial itu.

“Sebelum ini meski saya sudah agak lama dalam dunia perniagaan, kita tahu kalau nak berbisnes boleh lakukan di Facebook. Semua orang bercakap mengenainya. Tapi sehingga hari ini, saya masih kurang mahir ‘berFacebook’ dan tidak ambil peluang itu.

“Jadi bila dengar mengenai Tik Tok sebagai satu platform yang trending, saya fikir inilah masanya untuk cuba dan kalau boleh mahu cepat-cepat menggunakan aplikasi tersebut.

“Daripada situ kita nak tengok sejauhmana keberkesanannya. MasyaAllah tak pernah pula sangka sampai berjuta orang tonton sesebuah video yang dimuat naik.

“Belajar (TikTok) sekejap tetapi pada masa sama pembantu peribadi yang ajarkan juga. Ada akaun TikTok bukanlah untuk bersuka ria, kita manfaatkan untuk berniaga.

Ads

“Pada masa sama, saya suka untuk ambil tahu hal yang menjadi trend khasnya dalam bisnes dan kita cuma aplikasikan,” katanya.

“Semua Orang Bercakap…,” – Ibu Neelofa Buka Akaun TikTok, Bukan Nak Bersuka-Ria Tapi Untuk Manfaat Bisnes “Semua Orang Bercakap…,” – Ibu Neelofa Buka Akaun TikTok, Bukan Nak Bersuka-Ria Tapi Untuk Manfaat Bisnes “Semua Orang Bercakap…,” – Ibu Neelofa Buka Akaun TikTok, Bukan Nak Bersuka-Ria Tapi Untuk Manfaat Bisnes

Usahawan ini ditemui pada majlis pelancaran Disney x Naelofar The Little Mermaid, di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ads

Ditanya sekiranya ada persepsi yang mempersoalkan mengenai individu yang sudah berusia turut aktif di TikTok, Kartini menyifatkan kecaman akan sentiasa ada.

“Hal itu tidak boleh lari dah. Kalau orang nak bercakap dan sebagainya. Yang penting niat kita,” katanya lagi.

Ads

“Semua Orang Bercakap…,” – Ibu Neelofa Buka Akaun TikTok, Bukan Nak Bersuka-Ria Tapi Untuk Manfaat Bisnes “Semua Orang Bercakap…,” – Ibu Neelofa Buka Akaun TikTok, Bukan Nak Bersuka-Ria Tapi Untuk Manfaat Bisnes “Semua Orang Bercakap…,” – Ibu Neelofa Buka Akaun TikTok, Bukan Nak Bersuka-Ria Tapi Untuk Manfaat Bisnes

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI