Pelakon, Sophia AlBarakbah mendedahkan dirinya kini hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap pengambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bimillah (KAKDB) yang kini berbaki lagi dua minggu.
Ditemui di sidang media Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS 2023) sebentar tadi, Sophia gembira kerana drama bersiri itu mendapat sambutan memberangsangkan.
“Syukur Alhamdulillah, respons terhadap drama KAKDB sangat baik. Saya tak jangka dapat sambutan sebegini.
“Sejujurnya, ia agak ‘rushing’ kerana kami masih dalam penggambaran dan drama ini sudah menemui penonton. Saya gembira kerana setakat ini ramai yang menggemarinya dari sudut lakonan dan jalan cerita.
“Semua pelakon, kru dan pengarah bekerja kuat untuk drama ini. Harap orang ramai dapat menyokong drama ini sehingga tamat disiarkan,” katanya kepada MH.
Bergandingan dengan pelakon Aliff Aziz dalam KAKDB, Sophia juga mendedahkan dia hanya penyai waktu tidur selama empat sehingga lima jam sehari kerana jadual penggambaran yang agak padat.
“Kami dah lalui pelbagai perkara. Kami bekerja kuat dan sehari hanya dapat tidur selama empat sehingga lima jam. Bila orang ramai suka, saya berbangga dengan diri sendiri dan semua yang terlibat. Fokus saya hanya terhadap penggambaran,” katanya.
Ketika ditanya mengenai perkara-perkara luar yang mengganggu konsentrasinya sepanjang menjalani penggambaran, Sophia mempunyai jawapan tersendiri.
“Saya rasa semua orang bekerja dengan profesional. Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja kerana semua orang bersikap profesional.
“Semua orang fokus dengan kerja, bermula hari pertama sehingga sekarang. Saya tak terganggu nak teruskan penggambaran,” katanya.
Terdahulu, Sophia didakwa menjadi orang ketiga yang mengganggu rumah tangga Aliff dan isteri, Bella Astillah.
Dalam pada itu, pihak pengurusan Sophia memberitahu mereka sedia untuk memberi penjelasan berhubung kontroversi berlaku selepas selesai penggambaran KAKDB.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI