Ramadan ini, TV3 meneruskan kolaborasi dengan penyanyi, Faizal Tahir dan Faithmen atau lebih dikenali dengan gelaran #iamFaithmen yang telah menerima pengiktirafan dengan Anugerah Sukarela Terbaik oleh Jabatan Perdana Menteri untuk menjalankan aktiviti membantu secara atas talian. 

Sejak penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia bukan saja berhadapan dengan kekangan kewangan, malah mereka juga mengalami tekanan emosi untuk meneruskan kelangsungan hidup terutamanya golongan yang kurang upaya.

Tidak lupa juga kepada para sukarelawan yang tidak putus asa untuk terus membantu mereka yang lebih memerlukan.

Selain bantuan secara fizikal yang berbentuk barangan keperluan, TV3 dan #iamFaithmen juga memberi sokongan moral dan menyuntik semangat positif menerusi panggilan video oleh Faizal Tahir untuk melihat, mendengar dan menyelami perasaan serta emosi mereka. 

Faizal Tahir berkongsi pengalaman TV3 dan #iamFaithmen melakukan kerja-kerja amal di tempoh PKP.

“Semua Orang Boleh Bagi Bantuan, Tapi Siapa Yang Dapat Memahami Kesunyian,” – Kolaborasi Dengan TV3,  Faizal Tahir & Faithmen Jalan Aktiviti Bantuan Secara Atas Talian

“Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan PKP, ia bukan penghalang bagi kami untuk terus memberikan bantuan. Kami bersyukur kerana masih ada orang yang dapat membantu kita dari segi penghantaran barang-barang.

“Usaha ini juga dapat dilakukan dengan teknologi yang ada, tanpa teknologi, mungkin kita akan rasa susah,” katanya.

Faizal pada masa sama turut mengakui, bukan mudah untuk memahami golongan ini dari segi emosi.

Ads

“Semua orang boleh bagi bantuan, tapi siapa yang dapat memahami kesunyian. Dari segi emosi, tidak semua orang boleh bantu kerana bukan semua orang boleh berhadapan dengan tekanan PKP yang dialami oleh individu tersebut.

“Semua Orang Boleh Bagi Bantuan, Tapi Siapa Yang Dapat Memahami Kesunyian,” – Kolaborasi Dengan TV3,  Faizal Tahir & Faithmen Jalan Aktiviti Bantuan Secara Atas Talian

“Mungkin juga ada orang yang berpendapat, kita perlu hadir secara fizikal untuk memberi bantuan. Bagi saya, ia tidak perlu.

“Saya pilih untuk sentiasa berfikiran positif dan mencari jalan penyelesaian dalam membantu mereka yang memerlukan.

“Jadi, kami meneruskan inisiatif ini secara atas talian di tempoh PKP, ” jelas Faizal Tahir lagi. 

Selain itu, TV3 dan #iamFaithmen juga telah membantu ibu-ibu Chow Kit dengan membelikan barangan dapur untuk mereka menyediakan juadah berbuka puasa untuk 200 orang.

Ads

Sebanyak 60 keluarga di Buku Jalanan Chow Kit juga diberikan barangan keperluan asas untuk menampung kehidupan mereka.

Tidak lupa juga kepada petugas barisan hadapan, kami akan berkongsi kisah seorang penghantar foodpanda dan penyelia stesen minyak Petronas yang komited menjalankan tugas mereka sepanjang tempoh PKP.

“Semua Orang Boleh Bagi Bantuan, Tapi Siapa Yang Dapat Memahami Kesunyian,” – Kolaborasi Dengan TV3,  Faizal Tahir & Faithmen Jalan Aktiviti Bantuan Secara Atas Talian

Selain itu, mereka juga akan cuba berusaha meringankan beban petugas barisan hadapan dengan membantu ahli keluarga mereka dalam persiapan Hari Raya Aidilfitri. 

Sebanyak 4 klip video dihasilkan untuk memaparkan inisiatif amal TV3 bersama dengan #iamFaithmen.

Ads

Video-video tersebut telah disiarkan di laman media sosial Facebook dan IGTV di akaun rasmi TV3 dan video terakhir yang akan disiarkan hari ini.

Video 1

https://www.facebook.com/TV3MALAYSIA/videos/2616494845236274/?d=w

Video 2

https://facebook.com/TV3MALAYSIA/videos/270150577472697/?__tn__=-R

Video 3

https://facebook.com/TV3MALAYSIA/videos/609994743056744/

Foto: TV3

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI