Hiburan

“Semua Orang Cantik Di Sisi Allah,”- Ikhlas Ucap Ibu Zahirah Macwilson, Terharu Sokongan Ramai

Share

Sejak beberapa hari lalu, nama aktres, Zahirah Macwilson menjadi tumpuan susulan tindakan pelakon, Fathia Latif yang melabelkan wajah Zahirah seperti bibik atau pembantu rumah.

Bukan setakat itu, Fathia turut mendakwa isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza itu telah menjalani pembedahan bibir di Australia untuk kelihatan jelita.

Disebabkan isu ini, netizen tampil mempertahankan Zahirah selain turut menasihatinya supaya menganaikan komen-komen negatif tersebut.

Terbaharu, menerusi hantaran di ruangan Instagram Stories, Ibu kepada Zahirah, Maslinda Yusoff akui terharu melihat sokongan yang diberikan oleh orang ramai terhadap anaknya itu.

“Assalamualaikum. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kata-kata semangat dan sokongan,” tulisnya.

Malah, Maslinda turut menyeru kepada semua pihak untuk terus menyebarkan kebaikkan sesama manusia.

Katanya lagi, setiap ciptaan Allah mempunyai kecantikkan dan keindahannya yang tersendiri.

“Terus sebarkan rasa kasih sayang dan bukannya kebencian. Semua orang cantik di sisi Allah,” kongsinya lagi.

Sehingga kini, Zahirah masih belum memberikan sebarang reaksi berhubung kontroversi melibatkan namanya itu.

Terdahulu, Zahirah kini dilaporkan sedang hamil anak kedua.

Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Februari 2020 dan telah terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama, Isaac Raees.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf