Seperti mana naskhah pertamanya sebelum ini, 7 Hari Mencintaiku 2 turut mencetuskan fenomena serupa di kalangan peminat drama tempatan.

Masakan tidak, setiap hari ada sahaja isu dibangkitkan yang sekali gus membawa drama ini trending di media sosial selain pengisiannya yang cukup menarik.

Malah, kehebatan para pelakon menjayakan watak masing-masing turut menyumbang kepada kejayaan ini.

Terbaru, pelakon, Wan Sharmila yang membawa watak sebagai Sofi ada memuat naik foto terbaru di akaun Instagram bersama gandingannya, Syazwan Zulkifly.

Menurut Sharmila, ramai diantara peminat gemar mendoakan dirinya agar dipertemukan jodoh bersama Syazwan yang melakonkan watak  sebagai Hilmi.

IKLAN

“Wah wah, awak semua seronok meng Amin kan kami yerrr. Agaknya apa penghujung cerita Sofi & Helmi?

“Minggu akhir dah ni. Jangan lupa terus tengok #7harimencintaiku2 sampai episod akhir ya,” tulisnya.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat telatah pelakon tersebut selian turut menzahirkan rasa sedih kerana drama tersebut bakal melabuhkan tirainya minggu ini.

“Semua Seronok ‘Meng-Amin-Kan’ Kami Ye,”- Upload Foto Comel Berdua, Peminat Doa Wan Sharmila & Syazwan Zulkifly Dipertemukan Jodoh

“Semua Seronok ‘Meng-Amin-Kan’ Kami Ye,”- Upload Foto Comel Berdua, Peminat Doa Wan Sharmila & Syazwan Zulkifly Dipertemukan Jodoh

IKLAN

“Semua Seronok ‘Meng-Amin-Kan’ Kami Ye,”- Upload Foto Comel Berdua, Peminat Doa Wan Sharmila & Syazwan Zulkifly Dipertemukan Jodoh

Sebagai info, Drama 7 Hari Mencintaiku 2 ditangkan pada setiap Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3 menerusi slot Akasia.

Sumber: Instagram Wan Sharmila

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI