Sering dilabelkan sebagai pasangan contoh, isteri kepada pelakon, Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri mengejutkan ramai pihak apabila didakwa telah memfailkan perceraian terhadap suaminya pada pertengahan Februari lalu.
Memetik laporan Kosmo, peguam yang mewakili Hidayah, Mohd. Yazid Hazim mengesahkan perkara itu selepas menghadiri sebutan pertama kes berkenaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.
“Untuk hari ini, hanya sebutan biasa bagi penyerahan dokumen.
“Sepatutnya pihak defendan (Edika) perlu hadir, namun kami menerima surat daripada pihaknya menyatakan tidak dapat hadir, mungkin atas alasan kerja dan sebagainya.
“Mahkamah telah menetapkan 23 April depan sebagai tarikh sebutan semula,” katanya seperti yang dipetik.
Tiada Persefahaman Jadi Punca Penceraian?
Ketika ditanya mengenai punca penceraian, Yazid tidak mendedahkan butiran terperinci tetapi mengesahkan ketidaksefahaman menjadi faktor utama.
Ads
“Sebab-sebab pemfailan tidak boleh didedahkan secara terperinci kerana bersifat subjudis kepada pihak defendan.
“Mungkin alasan-alasan itu akan dibentangkan berdasarkan arahan hakim pada 23 April nanti.
“Tetapi secara umumnya, punca penceraian adalah kerana tiadanya persefahaman antara plaintif dan defendan,” katanya seperti yang dipetik.
Isteri Ada Sebab Kukuh
Sementara itu, Hidayah enggan mengulas lanjut mengenai keputusan memfailkan perceraian.
Ads
“Semua tahu situasi dan keadaan saya. Kalau saya sudah sampai ke tahap pergi ke mahkamah, sudah tentu ada sebab yang sangat kukuh.
“Itu saja yang boleh saya katakan. Saya tak mahu memberi sebarang komen.
“Kalian boleh tanya pihak belah sana sebab saya tak mahu apa-apa keluar daripada mulut saya. Biar saya dengar dulu apa yang keluar dari mulut dia,” luahnya.
Ads
Tambahnya, dia dan Edika sudah tidak tinggal sebumbung tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut.
“Saya dan dia sudah tidak serumah, cuma tak perlulah saya kongsikan sejak bila,” dedahnya.
Terdahulu, kisah Edika yang setia menjaga Hidayah selepas isterinya lumpuh separuh badan sejak 16 tahun lalu pernah meraih perhatian ramai.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq serta Fereena Nurulhaq.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Kosmo Online & Instagram Edika Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Jasmine Suraya Chin ada berkongsi cerita bersama netizen menerusi satu rakaman video yang dikongsi di laman Facebook ML Studios.
Kongsi pelakon drama bersiri Adellea Sofea ini, dia pernah gemuk dan mengalami masalah berat badan, sekitar pada tahun 2009 lalu.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 30 tahun itu memaklumkan dirinya juga pernah mengalami masalah kulit berjerawat ketika melanjutkan pengajian di luar negara di Afrika.
“Saya agak gemuk selama tiga bulan masa tu saya belajar di Afrika dan pada satu malam tu laptop saya kena curi.
“Saya tak boleh nak buat apa dan laptop itu milik rakan saya. Selepas kejadian itu saya tak ada aktiviti untuk dibuat jadi saya memasak.
“Afrika adalah negara pertama yang saya pergi belajar di luar negara dan saya bebas untuk membeli makanan saya sendiri.
“Sebab ibu saya seorang yang mengamalkan makanan sihat jadi dia tak akan benarkan saya makan benda yang dia rasa tak sihat jadi saya ada kebebasan oleh itu saya makan betul-betul.
“Kadang-kadan saya makan nasi goreng 2 pinggan, saya akan beli mee 2 pinggan sampai berat badan saya pernah 62kg,” kongsi Jasmine jujur.
Ikuti temu bual lengkap bersamanya di sini;
Video: Facebook ML Studios
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mengakui dia tidak rasa penat atau ‘terseksa’ apabila menyampaikan dua buah lagu di saingan Separuh Akhir Muzik-Muzik yang pertama, Jumaat lalu.
Malah, bintang ini mengakui mendapat rehat serta tidur yang cukup untuk membuat persembahan menerusi dua buah lagu, Hatiku Milikmu dan Satukan (duet bersama Khai Bahar) pada persembahan yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral itu.
“Saya dapatkan tidur yang cukup dan ada melakukan beberapa latihan. Biasanya sebelum buat persembahan pada waktu malam, saya akan menyanyi di rumah atau dalam kereta untuk biasakan diri.
“Tidaklah rasa tak selesa. Okay sahaja, enjoy je. Bila dengar balik dan maklum balas yang diterima pun okay. Saya tidaklah nak kata saya sudah puas hati, saya rasa masih boleh lakukan yang lebih baik.
“Cuma untuk malam ini saya rasa, tiada masalah atau ada isu penat dan sebagainya. Rasanya saya sudah bersedia untuk dua persembahan di semi final ini,” katanya kepada MH.
Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berkata demikian sebagai mengulas reaksi sesetengah pihak yang membayangkan persembahannya pada malam berkenaan tidak berapa meyakinkan.
Malah, ada yang menyifatkan nyanyiannya pada malam itu juga kurang merdu seperti kebiasaannya gara-gara turut beri fokus dengan komitmen lain.
“Kalau nak diikutkan mengenai pembahagian masa dengan nyanyian serta lakonan, kadang-kadang kita tiada piihan. Kena lakukan sahaja yang sudah dijanjikan.
“Amanah yang diberikan saya cuba buat sehabis baik, sama ada dalam lakonan atau nyanyian. Saya tiada pilihan memang kena harung walau kalau nak diikutkan setiap hari kerja memang penat. Sementara ada permintaan tu, kita cubalah berikan masa,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Nana kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri, Satukan Rasa yang masih lagi berbaki.
Satukan Rasa yang kini bersiaran menerusi slot Drama Vaganza di Astro Ria dan Ria HD turut menampilkan Khai Bahar, Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren dan ramai lagi.
Foto: Instagram Siti Nordiana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Lah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lah V.E mengakui meski sudah agak jarang muncul menyanyi di platform arus perdana, namun bintang ini masih aktif membuat persembahan atas undangan serta majlis peribadi.
Malah kongsinya kepada MH buat masa ini juga dia lebih senang memberi fokus terhadap keluarga.
“Alhamdulillah sekarang ni masih lagi menyanyi macam biasa, banyak menyanyi dekat job wedding dan event sebagainya.
“Cuma macam sekarang ni saya lebih banyak fokus kepada keluarga saya dan anak-anak,”kongsinya jujur.
Melihat kepada kerjayanya yang sukses dari awal penglibatan bersama kumpulan V.E dan masih kekal dikenali sebagai penyanyi yang bersuara lunak, penyanyi ini turut ditanya mengenai apakah tips yang perlu diambil penyanyi muda untuk terus kekal relevan dalam industri.
“Saya tak tahu lah saya ni masih kekal ke tak dalam industri, tapi bagi saya kita kena selalu innovate atau selalu buat benda yang baru.
“Cuma bagi saya, kita tak boleh untuk berada di zon selesa dalam tempoh yang terlalu lama,” jelas Lah yang turut menyebut nama rakan penyanyi, Faiza Tahir sebagai contoh.
“Contoh macam Faizal Tahir pun bagus, sebelum ni dia bawa lagu nasyid, lepas tu rock and kemudian R&B.
“Actually macam tu yang buatkan ramai teruja, sebab dia versatil, boleh nyanyikan apa sahaja genre lagu.
“Jadi bagi saya, kita sebagai penyanyi perlulah ada sisi versatil. Itulah kunci untuk terus kekal dalam industri muzik, insyaAllah,” jelas Lah optimis.