“Semuanya Berjalan Lancar & Akan Diumumkan Nanti, Insya-Allah,” – Bakal Ibu Mertua Beri Respon, Mira Filzah-Wan Emir Dijangka Nikah Tak Lama Lagi

Share

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid mengesahkan anaknya, Wan Emir Astar bakal melangsungkan pernikahan dengan pelakon popular, Mira Filzah, tahun ini.

Menerusi laporan Harian Metro, Mastura yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar ketika ditemui turut meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan anak dan bakal menantunya itu.

“Ya, kedua-dua keluarga sudah berjumpa. Semuanya berjalan lancar dan ia akan diumumkan nanti. Insya-Allah,” katanya seperti yang dipetik.

Sebelum ini, Mira turut mengesahkan dia sudah pun dipinang orang. Bagaimanapun pelakon itu tidak berkongsikan hal tersebut secara terperinci.

Namun, Mira secara jujur mengakui sudah pun melakukan persiapan ke arah tersebut dan masih lagi berada di peringkat awal.

Pada masa sama, hos program Nona itu juga tidak menafikan akan ada sebuah majlisnya pada Oktober depan dan akan terbuka berkongsi segalanya bila tiba waktunya nanti.

“Sebenarnya perkara-perkara seperti ini Mira diminta untuk keep it low.

“Tapi macam Mira cakap sebelum ini kalau sudah ada perkembangan selanjutnya kita akan bagi tahu.

“Kita tidak akan merahsiakannya daripada pihak media. Tambah pula sekarang ini bila Datuk Seri Ismail Sabri ada bagi tahu kita boleh adakan majlis dengan jumlah kehadiran tertentu, kita akan cuba sediakan ruang dan peluang untuk pihak media.

“InsyaAllah bila tiba masanya kita akan jemput semua dan di situ kita akan jelaskan segalanya,” kata Mira kepada ditemu bual.

Sumber: Harian Metro

Published by
MH