Pelakon dan usahawan, Zara Zya memaklumkan dirinya sudah pun mengenakan tudung sejak beberapa hari lalu.

Mengharapkan doa positif daripada semua, bintang berusia 35 tahun itu juga turut menjelaskan apa yang berlaku atas gerak hati sendiri.

“Secara jujur, saya masih dalam proses membiasakan diri dalam penghijrahan ini.

“Saya mengharapkan doa yang baik-baik.

“Semuanya berlaku atas gerakan hati. Keputusan ini tidak perlu dilengahkan. Saya juga tak mahu hati berbolak-balik dalam melakukan tuntutan wajib ini.

“Saya sempat menghabiskan penggambaran drama Beri Sedikit Waktu pada Jumaat lalu, sebelum bertekad mengenakan tudung sepenuhnya,” katanya seperti yang dipetik BH Online.

Ads

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin sebelum ini dilihat ada memuat naik gambar bertudung yang mengundang perhatian ramai.

“Saya selalu dengar soal istiqamah ini bukan mudah. Saya harap Allah tetapkan hati dan jiwa saya. Insya-Allah, saya mahu masa depan menjadi lebih baik daripada semalam yang ditinggalkan.

Ads

“Tiada langsung rasa sayang menjual pakaian lama. Saya akui, sudah tidak sabar mahu menutup aurat selama ini. Moga ia menjadi permulaan yang baik,” katanya lagi.

Bercakap mengenai sisi kerjaya lakonannya selepas mengenakan hijab, Zara percaya kepada rezeki.

Ads

“Saya tak terfikir soal ada tawaran kerja atau sebaliknya. Saya percaya pada rezeki yang tertulis.

“Saya banyak membeli tudung dan pakaian baru,” akhirinya.

Sumber: BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI