Anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru sekitar jam 6.00 petang, pada Ahad akibat jangkitan kuman dalam darah.
Bagaimanapun, anaknya iaitu Muhamad Syazreen Haqem, 24, tidak meyangka apabila bapanya perlu diidurkan susulan dia tidak pernah mengalami penyakit kronik sebelum ini.
Lapor Harian Metro, Syazreen yang juga anak ketiga pelawak itu berkata, bapanya juga hanya tersenyum apabila doktor memaklumkan dia akan ditidurkan.
“Doktor juga meminta saya ajar babah (panggilan untuk bapa) mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.
Tambah Syazreen, sebelum itu bapanya ada mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan oksigen.
Ads
“Kami berada di Johor Bahru kerana babah terbabit dengan program bersama kumpulan Senario yang sepatutnya berlangsung malam ini.
“Semuanya bermula apabila babah mengadu demam dan mengalami cirit-birit sejak semalam dan kami sangkakan dia mengalami keracunan makanan.
“Namun, selepas dibawa ke hospital, babah mengalami sesak nafas dan doktor beritahu ada jangkitan kuman dalam darahnya hingga terpaksa ditidurkan,” katanya.
Ads
Mengulas keadaan bapanya, kata Haqem, dia juga membuat panggilan video bersama ahli keluarga dan anggota Senario untuk memaklumkan keadaan bapanya sebelum ditidurkan.
Dia dan keluarga bagaimanapun lega apabila doktor beritahu keadaan bapanya stabil ketika ini.
“Kami juga tidak tahu berapa lama babah akan ditahan di ICU dan ditidurkan.
Ads
“Justeru, kami sekeluarga memohon orang ramai termasuk rakan artis yang mengenali babah untuk sama-sama mendoakannya sembuh dengan segera,” katanya lagi.
Terdahulu, Hamdan berada di Johor Bahru sejak semalam kerana terbabit dengan program bersama kumpulan Senario iaitu Wonderful Night with Senariounion, malam ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Keperibadian gaya sebenarnya merupakan terjemahan kepada personaliti diri seseorang.
Daripada persalinan yang dipakai, sehinggalah kepada pemilihan aksesori seperti tas tangan, kaca mata dan barangan perhiasan lainnya, sememangnya ia dititik beratkan oleh mereka yang mementingkan penampilan sempurna.
Namun tahukah anda bahawa pemilihan gajet di tangan juga boleh dijadikan sebagai ‘fashion statment’ juga?
Jadi, jom ‘berkenalan’ dengan Huawei nova 7 SE. Ia tidak hanya beri fokus pada kecanggihan teknologi semata-mata, malah reka bentuk serba moden dan penuh fesyen turut ditampilkan.
Reka Bentuk Hebat, Cita Rasa Semasa
Berbeza daripada telefon pintar 5G lain di pasaran, model Huawei nova 7 SE tampil dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan.
Ketebalannya hanya 8.58 mm dan berat 189 gram menjadikan ia sebagai aksesori fesyen yang praktikal buat anda. Malah, rekaannya yang ‘solid’ menerusi rekaan glass 3D menjadikannya lebih mudah untuk dipegang.
Bayangkan ketika di bawah sinaran matahari, ia tampak cerah seperti lutsinar dan tak ubah seperti memegang sebuah botol minyak wangi yang premium!
Sementara di bahagian hadapannya pula, Huawei nova 7 SE dilengkapi dengan skrin sesentuh 6.5 inci FullView Display bersama resolusi 1080p. Ini memberikan visual yang lebih elegan dan moden.
Bukan itu sahaja, ia turut mempunyai kadar ration-to-body yang baik dengan 90.3 peratus, mampu memberikan pengalaman menggunakan skrin yang lebih besar.
Huawei nova 7 SE baru ini turut dilengkapi dengan AI Quad Camera bersama 64MP bagi kamera utama, 8MP ultralebar, 2MP kedalaman, dan 2MP makro.
Ini bermakna, ia saling melengkapi dan bersinergi dengan AI bagi menyokong pelbagai situasi senario fotografi. Sesuai buat pengguna fashionista seperti anda yang gemar merakam gambar.
Variasi Warna Vibrant & Menyerlah
Selain reka bentuknya yang ‘up to date’, barisan warna Huawei nova 7 SE juga tidak kurang hebatnya. Model ini hadir dalam tiga varian rona pilihan iaitu Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple.
Warna Space Silver menggunakan tona warna silver yang saturasi di tahap rendah bersama warna gradian biru, perak dan merah jambu.
Bagi yang meminati warna Midsummer Purple, ia menampilkan tona ungu yang memberikan reflesi warna biru seperti garisan matahari pada pertengahan musim panas.
Manakala Crush Green pula memberi ilusi warna dalam tona kehijauan dengan refleksi warna hitam yang menawan.
Bersama reka bentuknya yang ‘berkaca’, telefon pintar ini menghadirkan aura yang lebih segar, elegan buat si penggunanya.
Prestasi Terbaik Era Telefon Pintar 5G
Berbaloi untuk dimiliki kerana ia berupa telefon pintar mampu milik bersama capaian 5G, Huawei nova 7 SE dikuasakan dengan 820 Kirin dan menyokong rangkaian 4G dan 5G.
Ia sekali gus memberi pengalaman terbaik buat pengguna dalam melayari internet. Huawei nova 7 SE bukan sahaja aksesori fesyen sempurna bagi anda, tetapi ia digabungkan bersama teknologi semasa yang lebih inovatif yang secara meningkatkan pengalaman harian sebagai pengguna.
Jadi, bersedia untuk menjadi perhatian ramai di media sosial apabila anda berkongsi foto ‘OOTD’ menggunakan telefon pintar, Huawei nova 7 SE yang serba baru!
Selain daripada Reka bentuk dan telefon pintar 5G yang mampu milik, HUAWEI nova 7 SE ada tujuh features yang memang amazing!
Lain-Lain Informasi; HUAWEI AppGallery
Huawei AppGallery berkembang pesat di MalaysiaTonton video untuk mengetahui lebih lanjut!Maklumat lanjut mengenai HUAWEI AppGallery: https://bit.ly/2Y1Gvek#AWANInews
Menerusi HUAWEI AppGallery pula, anda boleh mendapatkan semua aplikasi kegemaran merangkumi pelbagai genre yang semuanya tersedia di satu tempat. Ketahuinya dengan lebih lanjut di sini;
Bermula 19 Jun 2020 sehingga 30 Jun 2020, pengguna AppGallery juga boleh menikmati pelbagai ‘deals’ menarik dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2 juta!
Info lanjut mengenai segala tawaran hebat HUAWEI boleh melayari sini dan informasi lanjut HUAWEI nova 7 SE pula, klik sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagaimanapun, penyanyi tersebut dilihat tetap meneruskan persembahan seperti biasa hingga tamat lagu sebelum memanggil ahli perubatan bagi mendapatkan bantuan.
Dia kemudiannya meneruskan konsertnya seperti biasa.
Susulan itu, netizen menggelarnya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana mengabaikan salah seorang penari latar.
Kata mereka, rapper itu lebih mementingkan konsert tersebut berbanding keselamatan skuad sendiri.
Tidak mahu terus dikutuk, Iggy memberikan penjelasan mengenai perkara itu menerusi media sosial.
“Kepada mereka yang bertanya, penari latar saya okay, dia mengalami sawan kerana cahaya dan keadaan panas di atas pentas, setelah dibawa ke belakang dia kelihatan lebih baik.
“Saya ingatkan dia jatuh dan terseliuh sebab itulah saya meneruskan persembahan seperti biasa.
“Mungkin ini kedengaran kejam tapi saya mempunyai tanggungjawab yang perlu dilakukan sebab itulah saya teruskan nyanyian.
“Kami semua sangat terkejut dengan insiden ini namun bersyukur dia tidak apa-apa,” katanya lagi.
Foto/Instagram: Iggy Azalea
Sumber: Enews!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris menjawab pertanyaan pihak media selepas dilihat agak sebak sebaik meminta juri tetap Gegar Vaganza 7 (GV7), Datuk Ramli MS untuk memberikan komen sejurus selesai membuat persembahan final, malam tadi.
Penyanyi senior itu menjelaskan, sebagai penyanyi yang sinonim dengan satu genre sahaja sebelum ini, dia cuba untuk belajar dan meletakkan pengarah muzik itu sebagai guru yang mendidik.
Pada masa sama, Noraniza atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ani menyifatkan Ramli (Tok Ram) juga tidak bias.
“Sebenarnya, kadang-kadang bila bersama dengan para bintang GV7 yang hebat ini, saya rasa sangat kecil. Saya tahu, saya penyanyi genre Irama Malaysia sahaja.
“Jadi bila penyanyi Irama Malaysia nak menyanyi genre berbeza daripada sebelumnya, ini adalah satu proses pembelajaran yang mungkin orang luar tidak tahu. Jadi kadang-kadang rasa down… macam-macamlah rasa.
“Bila saya minta Tok Ram untuk berikan komen dan pendapatnya itu, memang betul saya mengenalinya sejak di bangku persekolahan, baru nak jadi penyanyi.
“Pernah juga dia jadi penerbit album, arrange muzik dan sebagainya. Akan tetapi, Tok Ram dia tidak bias.
“Kalau kita bagus, dia akan cakap bagus dan begitulah sebaliknya. Sebab itulah saya meletakkannya dia sebagai mentor yang mendidik bintang GV,” katanya.
Sementara itu, bintang ini turut mendedahkan perjalanannya selama 10 minggu di GV sesuatu yang memberi bermakna.
“Meski saya pernah dapat pengiktirafan sebelum ini, ia tidak sama dengan GV. Setiap minggu tugasannya berbeza dan kita belajar.
“Bila orang luar kecam tu, kadang rasa sedih. Biasalah sebagai manusia, ada masanya kita rapuh juga,” katanya yang diumumkan sebagai pemenang tempat keempat.
Terdahulu, Noraniza meminta pandangan juri tetap itu terhadap sepanjang tempoh pembelajarannya di GV7 dan Tok Ram merumuskan Noraniza sebagai penyanyi yang sangat tekun.
Foto: Astro (Azrul Rafie)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!