Sempena hari Jumaat yang penuh barakah, ibu kepada pelakon cantik Zahirah MacWilson, Maslinda Yusoff ada menitipkan ucapan tahniah dan rasa syukur atas pengumuman anak serta bakal menantu, Aiman Hakim Ridza yang bakal mendirikan rumah tangga Februari depan.
Terdahulu, pengumuman tersebut telah dibuat dua bintang berkenaan beberapa hari lalu. Bagaimanapun, tarikh tetap belum lagi diputuskan.
“Salam Jumaat. Syukur Alhamdullilah, Semuanya dgn izin Allah. Kalau dah jodoh tu tak kemana.
Ads
“We are so happy for both of you. Perfect match! Kami sekeluarga mendoakan semoga di permudahkan segala urusan dan jodoh kalian kekal hingga ke jannah.
“Insyallah @zahirahmacwilson @aimanhakimridza love you both to bits,” tulisnya yang disertakan dengan pautan video pengumuman nikah itu.
Terdahulu, pasangan selebriti berkenaan mengikat tali pertunangan Jun lalu di Perth, Australia. Pendedahan mengejut itu dibuat Zahirah dan Aiman apabila masing-masing memuat naik foto indah momen tunang di Instagram masing-masing.
Ads
Sementara itu menerusi sidang media yang dibuat, pasangan ini menyatakan setakat ini majlis hanya akan diraikan di Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Maslinda, Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Fedtri Yahya berkongsi kisah seorang wanita yang lumpuh selepas melahirkan anak keempat.
Jelas Fedtri, wanita yang dikenali sebagai Meriam Zakaria itu disahkan mengidap penyakit Symptomatic Hypokalemia iaitu kekurangan nutrisi dan garam dalam badan sehingga menyebabkannya lumpuh dan hilang ingatan.
Walau bagaimanapun, menerusi update terbaru, wanita tersebut dilaporkan telah meninggal dunia sekitar Februari lalu.
“Aduhai ibu srikandi terhebat,
lahirkan zuriat bertarung hayat
“Begitu dalam cinta dizahir,
walau nyawa di garis akhir
“Zuriat cinta tiada tahu,
terbaring lesu seorang ibu
“Hilang daya hilang ingatan,
hanya nafas menyambung harapan
“Dalam hidup serba tiada,
suami di sisi damaikan raga
“Anak-anak hilang sentuhan,
damba pelukan syurga idaman
“Begitu kisah insan diuji,
buat yang lain hulurkan budi
“Setitis air mata tanpa jeritan,
jadi igauan menduga iman
“Catatan 2017
“Siapa sangka, kegembiraan seorang ibu melahirkan anak keempat bertukar pilu apabila dia lumpuh selepas 18 hari berpantang.
Meriam Zakaria, 37, disahkan menghidap penyakit Symptomatic Hypokalemia, iaitu kekurangan nutrisi dan garam dalam badan, bukan saja menyebabkan dia lumpuh, malah tidak dapat bercakap dan hilang ingatan.”
Siapa yang ada maklumat terbaru keluarga ini, boleh berkongsi info untuk saling membantu di bulan mulia ini.
“UPDATE TERKINI – si isteri telah kembali ke rahmatullah pada bulan Februari yang lalu. Al Fatihah,” kongsinya.
Menerusi ruang Insta Story, pengacara Jejak Rasul itu turut berkongsi nombor akaun keluarga terbabit andai ada pihak yang ingin tampil menghulurkan sumbangan.
Foto : Instagram Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Nourul Depp ada berkongsi kisah persahabatan dengan pelakon Zahida Rafik.
Katanya, Zahida mempunyai sikap yang baik hati dan bertimbang rasa, membuatkan bintang yang sinonim dengan lagu Kerana Terluka ini selesa berkawan dengannya.
“Kita suka dan sayangkan seseorang hanya kerana mereka baik hati dan sangat menghargai sahabat dan rakan.
“Inilah yang berlaku antara saya dan @zahidarafik saya panggil dia fairy godsista.
“Hati yang baik, fikiran yang baik = jiwa yang baik.
“Bukan saja kenalkan saya dengan suami saya, tapi menjadi sahabat yang sangat bertimbang rasa dan penuh kasih sayang..
“Orang/kawan yang kita kenali juga adalah rezeki yang Allah beri. Alhamdulillah Allah temukan denagn Zahida Rafik. .
“Selamat hari jadi my dear fairy godsista. May allah protect you always, bless you with more joy and hapoiness; great health and wealth. Semoga di berkati di dunia dan di akhirat. Love you,” katanya.
Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa,45, akui menangis apabila mendengar perkongsian yang dilakukan anak lelakinya, Rizky Langit Ramadan, 18, menerusi filem dokumentari All Access to Rossa 25 Shining Years.
Menurut Rossa, bukan satu hal mudah anak tunggalnya itu memberikan pesetujuan untuk sama-sama terlibat di dalam pembikinan filem dokumentari itu kerana sebelum ini, dia lebih selesa untuk berada di belakang tabir.
“Dia pemalu dan tidak banyak bercakap. Malah sejak dahulu lagi dia juga tidak ke depan memandangkan saya tidak terlalu dedahkan Rizky kepada rakan media yang mahu menemubualnya.
“Ramai yang sedia maklum dan menghormati permintaan saya itu dan Rizky juga senang dengan cara sedemikian.
“Cuma kali ini, saya ada beritahunya untuk menghasilkan sebuah filem dokumentari ini dan bertanya adakah dia terbuka sekiranya produksi ingin bertanya beberapa soalan.
“Dia jawab okay tetapi mahu menjawabnya dengan jujur tanpa skrip,” katanya ketika ditemui pada Malam Gala Tayangan All Access to Rossa 25 Shining Years di Plaza Indonesia, pada Isnin.
Rizky ialah anak hasil perkongsian hidupnya bersama ahli kumpulan Padi, Yoyo atau nama sebenarnya, Surendro Prasetyo, 48.
Mereka mendirikan rumah tangga pada pada 18 Mac 2004, namun bercerai lima tahun kemudian.
Penyanyi lagu Pudar itu juga turut menambah, dia hanya tahu mengenai perkongsian Rizky ketika melakukan sesi suntingan pertama bersama pihak produksi.
“Saya juga tiada bersamanya ketika itu kerana masing-masing menjalani penggambaran sendiri. Jadi saya tidak tahu apa yang diberitahu oleh setiap individu terdekat, termasuk bekas suami.
“Jadi saya terkejut ketika tahu mengenai perkara itu waktu fasa suntingan awal. Saya menangis kerana selalunya kami akan hanya berkongsi rasa sebagai ibu dan anak dari luar lensa sahaja.
“Jadi apabila Rizky meluahkan secara formal di set, perasaannya itu rasanya sangat berbeza. Menerusi filem inilah, saya baru tahu apa pandangannya mengenai diri saya. Rasa syukur dan terharu.
“Terima kasih kepada keseluruhan krew produksi yang berjaya mempersembahkan filem ini secara jelas mengenai perjalanan seni saya selama ini.
“Mudah-mudahan All Access to Rossa 25 Shining Years tidak akan membosankan penonton dan semoga kalian dapat menikmati setiap momen yang disajikan di dalam naskhah ini,” katanya lagi.
All Access to Rossa 25 Shining Years arahan Ani Ema Susanti diterbitkan oleh Inspire Pictures bersama Sinemaku Pictures dan Time International Films menjengah pawagam seluruh Indonesia bermula esok.
Di balik pencapaiannya sebagai antara diva pop Indonesia, film ini bakal memperlihatkan sisi peribadi di dalam kehidupannya yang jarang diketahui peminat sepanjang bergelar anak seni dan juga ibu kepada seorang cahaya mata.
Rossa memulakan kerjaya di dalam bidang muzik apabila melancarkan album debut yang berjudul Tegar pada tahun 1999 dan sehingga kini sinonim menerusi barisan lagu cinta yang hits.
Filem ini juga dijangka bakal menemui penonton di Malaysia sekitar September depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!