“Semuanya Dengan Izin Allah, Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana,” – Ibu Zahirah MacWilson Panjat Rasa Syukur, Bakal Terima Menantu Sulung

Share

Sempena hari Jumaat yang penuh barakah, ibu kepada pelakon cantik Zahirah MacWilson, Maslinda Yusoff ada menitipkan ucapan tahniah dan rasa syukur atas pengumuman anak serta bakal menantu, Aiman Hakim Ridza yang bakal mendirikan rumah tangga Februari depan.

Terdahulu, pengumuman tersebut telah dibuat dua bintang berkenaan beberapa hari lalu. Bagaimanapun, tarikh tetap belum lagi diputuskan.

“Salam Jumaat. Syukur Alhamdullilah, Semuanya dgn izin Allah. Kalau dah jodoh tu tak kemana.

“We are so happy for both of you. Perfect match! Kami sekeluarga mendoakan semoga di permudahkan segala urusan dan jodoh kalian kekal hingga ke jannah.

“Insyallah  @zahirahmacwilson @aimanhakimridza love you both to bits,” tulisnya yang disertakan dengan pautan video pengumuman nikah itu.

Terdahulu, pasangan selebriti berkenaan mengikat tali pertunangan Jun lalu di Perth, Australia. Pendedahan mengejut itu dibuat Zahirah dan Aiman apabila masing-masing memuat naik foto indah momen tunang di Instagram masing-masing.

Sementara itu menerusi sidang media yang dibuat, pasangan ini menyatakan setakat ini majlis hanya akan diraikan di Kuala Lumpur.

Foto: Instagram Maslinda, Zahirah MacWilson

Published by
Rafiq Mazlan