“Semuanya, Kerana Satu Jari,” – Suami Fouziah Gous Luah Tragedi Menimpa Arwah Syed Muhammad Danial

Share

Kisah yang cukup menyayat hati apabila hanya kerana sebatang jari seperti yang didakwa suspek, seorang lelaki kehilangan nyawa buat selamanya.

Kisah yang berlaku itu nyata mendapat perhatian ramai, termasuk golongan selebriti.

Suami kepada aktres dan hos, Fouziah Gous misalnya, Zhafran Md Yusof menerusi Instagram menukil sebuah kisah tragis yang bermula dari hanya satu kesalahan kecil.

Tulisnya, sekiranya kedua-dua teruskan pemanduan dan hanya menyimpan amarah dalam diri, tiada apa yang perlu dirisaukan.

“Terus memandu. Mungkin kita semua sudah membawa mengenai arwah Syed Muhammad Danial dan Mr Yew Wei Liang.

Kedua-duanya memandu seperti hari biasa. Allahyarham Syed mempunyai seorang isteri dan anak perempuan yang menunggu kepulangannya di rumah sewaktu dia keluar dan memandu sehari sebelum Aidiladha.

Ye Wei Liang dan isteri sedang menuju ke Seremban. Ia hanya hari biasa. Tapi nampaknya, bukan.

Satu kemalangan kecil. Ia hanya satu kejadian malang. Dan emosi menguasai keadaan. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Tapi. Kita tahu kedua-dua kereta sepatutnya sampai ke rumah dengan selamat. Tiada kemalangan besar terjadi.

Pemandu sepatutnya terus berlalu pergi.
Tapi, tidak. And kerana itu, seorang lelaki mati. Dia meninggal dalam keadaan yang tidak sepatutnya berlaku.

Dan seorang lelaki bakal dihadapkan ke mahkamah. Seluruh negara menonton, dia kini seorang sasaran politik. Papan catur undang-undang kini dibuka.

Yew Wei Liang sepatutnya boleh terus memandu. Nikmati makan malam dan tidur di atas katil empuk.

“Namun. Dia kini di dalam penjara. Dia penyebab kematian seorang lelaki.Kenapa?

Kerana lelaki itu mengangkat jari tengah terhadapnya dan membuatkannya marah?Itu kata Yew Wei Liang. Dan terdapat video bertebaran mengatakan hal ini. Satu jari.

Itu yang diperlukan. Dan kini hidup berubah selamanya. Seorang anak hilang bapa.
Isteri hilang suami. Suami dan isteri kini di dalam penjara.

Mungkin ada anak-anak yang kini sedang merindui ibu bapa yang sedang dipenjarakan. Semuanya…kerana satu jari,” kongsi Zhaf panjang lebar.

Pada masa sama, dia turut memberi pesan kepada semua agar menyerahkan kesulitan yang berlaku di jalan raya kepada pihal berkuasa.

“Sahabat. Tolong. Pandu ke mana sahaja. Teruskan memandu. Pandu ke pejabat. Ke rumah. Apa-apa pun, teruskan memandu. Jangan biarkan sesiapa halang anda di jalan raya.

Biarkan mereka. Jika mereka mengejar, cari balai polis berdekatan. Pandu ke sana.
Jangan berhenti. Ia tidak akan berakhir dengan baik. Untuk semua. Tidak akan berlaku,” kongsinya.

Terdahulu pemandu kereta Axia, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, meninggal dunia di Hospital Nilai ketika mendapatkan rawatan selepas dia terlibat dengan perselisihan faham dengan seorang lelaki dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan.

Foto : Instagram Zhaf Yusof

Published by
Noraini Abd Wahab