“Senak Sungguh Rasa Dia,” – Bukaan Cecah 4cm, Ainan Tasneem Mohon Dipermudahkan Bakal Bersalin Kembar

Share

Penyanyi, Ainan Tasneem yang kini sedang sarat hamil bayi kembar memaklumkan bakal ditahan wad dan proses melahirkan sudah hampit tiba.

Lalu, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Aku Suka Dia ini berdoa agar segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Tadi pergi last checkup. Doc seluk dan tolong bukak jalan sampai 4cm so tunggu contraction je ni. Subhanallah senak sungguh rasa dia

“Btw kalau still takde contraction, esok pagi kena admit wad dan kena induce. Mohon doakan keselamatan Ainan dan twins.

“dan juga doakan dipermudahkan urusan kelahiran kali ini ya. Khimar & dress : @zuzasdotes ,” tulisnya.

Di samping itu, peminat turut menitipkan doa agar Ainan selamat melahirkan bayi kembarnya itu.

Terdahulu Ainan dan suaminya, Mohammad Ariffudin telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ainan Salsabiela.

Foto: Instagram Ainan Tasneem

Published by
Nazar Rafiqhi