Penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan mendedahkan hubungannya dengan rakan artis, Wany Kayrie masih lagi baik meski hanya berhubung menerusi media sosial sahaja kebelakangan ini.

Memilih untuk tidak terlalu memikirkan mengenai soal hubungan cinta di antara mereka, Afieq,24, bagaimanapun mengakui ada meraikan ulang tahun kelahiran bintang asal Sabah itu Mac lalu.

“Senang Cerita Kami Ni Main Tarik Tali, Cuma Biasalah Perempuan Akan Jual Mahal,” – Afieq Shazwan ‘Update’ Hubungan Dengan Wany Kayrie “Senang Cerita Kami Ni Main Tarik Tali, Cuma Biasalah Perempuan Akan Jual Mahal,” – Afieq Shazwan ‘Update’ Hubungan Dengan Wany Kayrie

“Masih terlalu awal untuk bercakap mengenai perkara itu. Malah kami pun sudah lama tak berhubung di antara satu sama lain.

Ads

“Kalau ada pun, hanyalah di media sosial. Bukan bergaduh, cuma dia sekarang sibuk dengan kerjaya dan kembali aktif berlakon. Saya sendiri pun ada komitmen dengan lakonan.

“Saya pun tak tahu nak cakap bagaimana… Senang cerita kami ni sama sahaja, suka main tarik tali. Cuma, biasalah perempuan akan jual mahal.

“Akan tetapi baru-baru ini saya ada berikan ucapan bersempena dengan hari jadinya selain berikan hadiah yang diidamkannya. Dia sendiri pun tak jangka saya berikannya hadiah tersebut,” katanya kepada MH.

Ads

Mengulas mengenai hal tersebut dengan lanjut, Afieq yang kini popular menerusi lagu Lelaki di Telefon mendedahkan, mereka hanya teman rapat dan bebas untuk berkawan dengan sesiapa saja ketika ini.

“Senang Cerita Kami Ni Main Tarik Tali, Cuma Biasalah Perempuan Akan Jual Mahal,” – Afieq Shazwan ‘Update’ Hubungan Dengan Wany Kayrie “Senang Cerita Kami Ni Main Tarik Tali, Cuma Biasalah Perempuan Akan Jual Mahal,” – Afieq Shazwan ‘Update’ Hubungan Dengan Wany Kayrie

Ads

“Kami berkawan, kalau nak dikatakan kami ni ‘teman tapi mesra’, mungkin ya. Malah, kami juga dikelilingi rakan-rakan yang sama.

“Jadi, tiada masalah untuk saya dan Wani berkawan dengan sesiapa sahaja,” katanya yang turut menghormati peminat yang menyokong hubungan baiknya dengan Wani atau sebaliknya.

Sebelum ini, keakraban mereka diperkatakan ketika mereka sama-sama menyertai program Big Stage musim pertama, tiga tahun lalu. Malah ada ketikanya, masing-masing turut memuat naik foto dan video bersama di akaun media sosial.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI