“Senang Jatuh Hati,” – Aeril Zafrel Komen Personaliti Sophia AlBarakbah, Pilih ‘Transparent’ Dengan Heroin Elak Salah Sangka

Share

“Bagi saya dia baik.”

Demikian pandangan yang dikongsi pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel terhadap Sophia AlBarakbah, 29, yang pernah bergandingan dengannya menerusi drama Tercipta Satu Ikatan.

Menerusi drama yang bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria dua tahun lalu itu, ia menjadi naskhah pertama yang menggandingkan mereka yang turut dibintangi Hannah Delisha dan Izzue Islam.

“Bagi saya dia seorang yang baik. Dia pun manja. Mungkin ada yang senang jatuh hati kerana karektornya. Itu pendapat sayalah.

“Sepanjang saya berlakon dengannya, kalau ada yang cepat ‘in love’ memang mudah (jatuh hati). Mungkin kerana karektornya yang sebegitu. Dia juga seorang yang ‘soft spoken’,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai hubungan akrab  bersama mana-mana gandingan pelakon wanita, suami kepada Wawa Zainal ini lebih senang untuk berterus terang.

“Biasanya saya akan berlaku ‘transparent’. Saya akan beritahu heroin, ia tidak lebih daripada lakonan dan komitmen semata-mata.

“Sebab sebelum ini pernah terjadi… saya ada dengar daripada rakan pelakon lain. Bila lupa nak beritahu hal tersebut, heroin mendakwa saya nak ‘try’ dia.

“Jadi macam tersalah sangka pula. Sejak situasi itu berlaku, saya lebih senang untuk berterus terang” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Aeril bakal muncul menerusi drama Serpihan Sayang bersama aktres Fasha Sandha.

Drama terbitan Padi Pictures Sdn Bhd yang bakal mengisi slot Samarinda TV3 itu turut menampilkan Shahz Jaszle, Elisya Sandha, Zarina Zainoordin dan ramai lagi.

Published by
MH