“Senang Nak Bawa Keluar,”- Izreen Azminda Dedah Anak Kedua Tak Banyak Ragam, Gemar Tidur

Share

Artis versatil, Izreen Azminda ada berkongsi perkembangan terkini anak keduanya, Aaaron Ibrahim yang telah pun selamat dilahirkan pada 29 Jun lalu.

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.

Menerusi rakaman foto tersebut, pelakon berusia 34 tahun memaklumkan anak keduanya itu tidak banyak ragam dan mudah untuk dibawa bersiar-siar.

“Anak manja mama ni..senang nk bawak keluar..diam je.. paling tida.. tdo #aaronibrahim,” tulisnya.

Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.

Sementara itu, Ude juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Foto: Instagram Izreen Azminda

Published by
Nazar Rafiqhi