Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana telah selamat diijabkabul sebagai suami isteri di kediaman keluarga pihak wanita di Seri Kembangan, Selangor, kira-kira jam 5.31 petang tadi.
Memetik mStar, pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Masjid Al Mutaqqin Seri Kembangan, Ustaz Hafiza Hafiz, dengan sekali lafaz.
Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, menerima hantaran berupa senaskhah Al-Quran serta mas kahwin RM300.
Difahamkan, masing-masing menyerahkan dua dulang hantaran.
Terdahulu, senaskhah al-Quran tersebut merupakan hadiah yang diberikan buat Ardell sewaktu majlis merisik dan dipulangkan semula sebagai hantaran selepas dibaca dan difahami tafsirnya.
Nadzmi Adhwa, 26, pada masa sama besyukur atas doa semua.
“Semua ini atas doa peminat yang mahukan kami bertemu jodoh dan akhirnya doa itu dimakbulkan. Alhamdulillah!,” kata pemilik nama lengkap, Nadzmi Adhwa bin Nor Adzmi seperti dipetik.
Keduanya bagaimanapun masih belum menetapkan tarikh resepsi serta lokasi berbulan madu.
Foto/Sumber: mStar Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak Saya Warganegara Singapura,” – Anak Masih Bawah Umur Naik Penerbangan Seorang Diri Saat Sekatan Ke Luar Negara, Fitri Haris Sebak
Penyanyi nasyid, Fitri Haris meluahkan kesedihan apabila terpaksa melepaskan anak tunggalnya, Sofea Solehah yang masih di bawah umur untuk menaiki penerbangan bersendirian selepas kerajaan Malaysia mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyekat sebarang aktiviti keluar masuk di negara ini.
Jelasnya, sewaktu perintah dilaksanakan, dia dan anak berada di Universiti Utara Malaysia, Kedah dan dalam perjalanan ke Singapura namun semua jalan darat telah ditutup.
Satu-satunya alternatif pulang adalah dengan menaiki kapal terbang.
Dia akhirnya terpaksa akur dan melepaskan anaknya menaiki kapal terbang seorang diri.
“COVID-19: Sangat memberi impak kepada saya, anak saya warganegara SINGAPURA, di saat perintah pergerakan kawalan di lakukan, kami berada di UUM, kedah, dan apabila saya hendak menghantar sofea pulang, semua jalan darat, immigrations tutup tak boleh masuk singapore, hari saya hiba, saya cuba menghubungi semua kenalan di pihak berkuasa, tiada satu jalan pun selain by FLIGHT.
“Cuma yang membuat saya sedih adalah Saya tidak boleh menemani, even jika org singapore ke klia by flight n balik semula singapore utk ambil sofea mereka pula kena self quarantine 14 days.
“Ke sana ke sini saya cube menyelesaikan, akhirnya terpaksa akur dan dalam keadaan tidak boleh terima, sofea TERPAKSA BALIK SEORANG NAIK FLIGHT.. under age dan tak pernah saya membiarkan sofea sendiri. Allah…ujian,” jelasnya.
Namun bantuan pihak penerbangan yang menemani anaknya sepanjang penerbangan cukup melegakan hati.
Dia turut memanjatkan doa agar Malaysia bebas dan pulih daripada wabak ini.
“Cuma melegakan hati saya sedikit, apabila @malaysiaairlines ada menawarkan assistant.. bawa sofea sampai ke seat dan bila sampai ada assistant bawa sampai ke mama sofea.
“Syukur sangat2.. tapi masih hiba dan sedih .. bila nampak susuk badan sofea hilang dari pandangan.
“Wahai semua.. percayalah .. COVID 19 ini banyak mengajar kita .. banyak membrri hikmah buat mereka yNg mau berfikir.
“STAY AT HOME, jangan keluar utk perkara yang tidak penting.. spend ur time with urself utk bermuhasabah dan with ur family sementara masih ada masa.
“Tatkala kalian busy dengan kerja dan urusan lain, saat utu jangan di tanya takde masa dengan keluarga dan diri sendiri .. kerana hikmah ini akan dapat kebaikannya buat mereka yang tahu bersyukur dan tidak MEMENTINGKAN DIRI.
“Moga kita terhindar dari sebarang wabak penyakit.. moga Malaysia di pulihkan dan di jauhkan dari wabak COVID19 atau sebarang oenyakit yang kemudharatkan amin,” jelasnya.
View this post on InstagramA post shared by Dr. Fitri Haris | 01126684664 (@fitriharisofficial) on
Fitri sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali sebelum diijabkabul buat kali keempat pada Disember 2019.
Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini mempunyai seorang anak bernama Sofea Solehah, 15, yang menetap bersama bekas isteri di Singapura.
Foto : Instagram Fitri Haris
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Badan Mengigil, Lemah Dan Tak Boleh Tidur Hingga Berat Badan Turun…,” – Baby Shima Hadiri Sesi Kaunseling
Penyanyi Baby Shima mendedahkan dia kini kian lega selepas menjalani sesi kaunseling bersama kaunselor sukarelawan, Muhamad Nabil Che Musa di Klinik Mental Prihatin di Rumah Prihatin @ Grand Seasons, Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Shima atau Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 26, dia sebelum ini hanya memendam perasaan sendiri selain kurang pendedahan mengenai rawatan hal berkaitan.
“Kalau ikutkan hati saya, awalnya saya tak mahu dapatkan khidmat ini. Tambahan pula saya kurang pendedahan mengenai rawatan ah mental sebelum ini.
“Bagaimanapun setelah dinasihati oleh seorang kawan rapat, akhirnya saya bersetuju untuk mendapatkan khidmat kaunseling di Rumah Prihatin. Rasa lega sikit selepas sesi tersebut.
“Selama ini saya cuma pendam seorang diri. Bila dah luahkan semuanya baru rasa lebih baik. Alhamdulillah, amat lega berdepan situasi sekarang. Cuma saya kena ulangi lagi sesi ini untuk kali kedua pada masa yang sesuai,” katanya.
Shima yang kini muncul menerusi single Lalai ini menjelaskan dia sudah tidak tahan dengan masalah tekanan perasaan yang dihadapinya akhir-akhir ini, susulan kecaman melampau yang diterima.
Meski dahulunya dia cuba bersabar berdepan kecaman begini, namun situasinya berbeza kini.
“Sampai ke tahap ini saya dah betul-betul lemah. Kadang-kadang rasa nak terima tapi sampai satu tahap rasa ‘down’.
“Saya bukan tak boleh nak ditegur. Saya boleh terima dan tak kisah tapi anda nak tegur kena tahu adabnya bagaimana. Jangan sampai memaki hamun. Banyak yang menegur tapi cara mereka amat keterlaluan sehingga tahap menghina saya,” luahnya lagi.
Jelasnya lagi, atas situasi yang berlaku doa pernah berdepan masalah sukar tidur dan konsentrasinya turut terganggu.
“Di rumah saya amat tertekan sampai kepala saya betul-betul rasa berat. Kadang-kadang rasa badan mengigil, lemah dan tak boleh tidur sehingga kesihatan terjejas.
“Berat badan turun mendadak. Dulu berat saya 45 kilogram ke atas, sekarang tak sampai 40 kilogram. Selera makan saya okay, tapi entah lah.
“Nak buat kerja pun tak boleh fokus. Nak hafal skrip yang senang pun tak boleh. Ia sangat mengganggu. Saya pun pelik. Apa yang saya buat sehingga orang terlalu mengecam sehingga melampau-lampau. Saya tak pernah kacau orang lain,” katanya.
Namun, Shima akui ada juga peminat yang menitipkan kata semangat selain mendoakan moga dirinya terus kuat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHSpeku: Betul Ke Sari Yanti Mengandung?
Eh, betul ke ni apa yang kami dengar? Baru-baru ini MH ada tersedar satu posting di Forum Cari yang bercerita tentang Sari Yanti kini telah berbadan dua!
Walaupun Sari tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan atau update tentang kandungannya itu namun melalui akaun adik kepada suami pelakon cantik ini, Jep Sepahtu netizen dapat mengagak Sari kini mungkin sedang berbadan dua.
Malah, ada juga netizen yang dapat mengagak Sari hamil kerana melihat Sari sering keluar dan mengidam untuk makan pelbagai jenis makanan dan sering kongsikan di Instagram.
Dalam masa yang sama ada juga menambah, Sari kelihatan semakin berseri-seri sejak akhir-akhir ini.
Namun sejauh mana kebenarannya tidak pula MH tahu kerana tuan punya badan sendiri tidak keluarkan apa-apa kenyataan tentang kehamilannya.
Jika benarlah apa yang pengguna forum katakan itu, MH ingin ucapkan tahniah buat mereka berdua.
Apapun nah #MHBelanjaGambar Sari Yanti yang semakin berseri-seri sejak bersama suami tercintanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI