Senaskhah Al-Quran Sebagai Hantaran, Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana Sah Bergelar Suami Isteri Pada 1 Muharram

Share

Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana telah selamat diijabkabul sebagai suami isteri di kediaman keluarga pihak wanita di Seri Kembangan, Selangor, kira-kira jam 5.31 petang tadi.

Memetik mStar, pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Masjid Al Mutaqqin Seri Kembangan, Ustaz Hafiza Hafiz, dengan sekali lafaz.

Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, menerima hantaran berupa senaskhah Al-Quran serta mas kahwin RM300.

Difahamkan, masing-masing menyerahkan dua dulang hantaran.

Terdahulu, senaskhah al-Quran tersebut merupakan hadiah yang diberikan buat Ardell sewaktu majlis merisik dan dipulangkan semula sebagai hantaran selepas dibaca dan difahami tafsirnya.

Nadzmi Adhwa, 26, pada masa sama besyukur atas doa semua.

“Semua ini atas doa peminat yang mahukan kami bertemu jodoh dan akhirnya doa itu dimakbulkan. Alhamdulillah!,” kata pemilik nama lengkap, Nadzmi Adhwa bin Nor Adzmi seperti dipetik.

Keduanya bagaimanapun masih belum menetapkan tarikh resepsi serta lokasi berbulan madu.

Foto/Sumber: mStar Online

Published by
MH