Elly Mazlein telah dipanggil bagi menjadi hos bersama Nabil Ahmad bagi MeleTOP menggantikan Neelofa malam tadi.
Lalu awal malam tadi, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu turut memuat naik sekeping fotonya di set rancangan hiburan berkenaan.
“Alhamdulillah, selesai sudah, terima kasih semua,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji kebolehan Elly, malah ramai juga yang terhibur dengan ibu tunggal beranak satu ini.
View this post on InstagramAlhamdulillah Selesai sudah .. tq smua ?????? #MeleTOP #astroria ???
A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on
Pada masa sama, ramai juga yang mengakui ketawa dari awal hingga habis program gara-gara gelagat penyanyi dan pelakon itu.
MeleTOP bersiaran setiap Selasa jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Foto: Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mohon Tampil Untuk Urus Proses Perceraian,” – Isteri Kedua Amar Asyraf Dedah Dicerai Talak Tiga, Sejak November lalu
Isteri kedua kepada pelakon Amar Asyraf, Vivy Jefrry menyatakan rasa reda dan pasrah apabila diceraikan dengan talak tiga pada 4 November lalu.
Katanya seperti dipetik Harian Metro, dia memohon bekas suami tampil bagi menyelesaikan urusan perceraian mereka di mahkamah dengan kadar segera memandangkan usaha untuk menghubungi pelakon tersebut tidak berjaya.
Difahamkan, Amar telah pun menyekat nombor telefon wanita terbabit.
“Kalau boleh saya nak perkara ini diselesaikan dengan cara baik. Saya enggan bermusuh dengan sesiapa.
“Saya cuma mohon Amar tampil untuk uruskan proses perceraian ini kerana ia berlaku di luar mahkamah. Disebabkan dia gagal dihubungi, saya sudah tidak boleh berurusan dengannya lagi.
“Saya harap Amar janganlah aniaya saya sampai begini sekali. Permudahkanlah urusan ini agar proses perpisahan ini berjalan lancar,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Vivy turut menjelaskan dia tidak menyimpan perasaan dendam, cuma mengharapkan agar pelakon itu segera menguruskan proses cerai.
“Ketika perceraian itu, dia ditemani seorang rakan ketika kami menguruskan hal surat beranak anak. Jujur tiada sekelumit dendam atau marah terhadapnya, kerana saya sudah pasrah dengan apa yang berlaku ini.
“Saya kini cuma mohon Amar tampil untuk menguruskan proses perceraian itu dengan segera supaya saya boleh teruskan kehidupan dengan anak seperti biasa.
“Jika diikutkan tempoh edah juga sudah hampir berakhir namun disebabkan hal yang berlaku ia tidak dapat disahkan oleh pihak mahkamah,” terangnya lagi.
Vivy sebelum ini menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan dirinya sudah berkahwin dengan pelakon itu sejak beberapa tahun lalu.
Bagaimanapun, kisah perkahwinan mereka turut diketahui menerusi pendedahan wanita bernama Ellika Azman yang didakwa hampir berkahwin dengan Amar.
Namun, rancangan itu gagal selepas mengetahui pelakon terbabit telah mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan yang tersebut.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Madammu Dah Selamat Bersalin Ke? Lama Tak FYP,” – Peminat Rindu Eriyca Baiduri, Ini ‘Update’ Mengenainya
Usahawan kosmetik Eriyca Baiduri terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas mengalami kebocoran air ketuban, pada pagi Jumaat lalu.
Eriyca atau lebih mesra disapa sebagai Madammu menjelaskan, dia pada ketika itu sedang mengalami kontraksi ringan dan tidak menolak kemungkinan terpaksa melahirkan anak pertamanya lebih awal daripada jangkaan sebenar susulan situasi terkini yang berlaku.
Memetik laporan media, Madammu yang sepatutnya melahirkan bayi secara pembedahan melalui proses in vitro fertilization (IVF), akur jika perlu melahirkan anaknya itu secara normal.
Dalam pada itu, meninjau akaun TikTok milik Madammu, Aidil yang juga content creator peribadi usahawan berkenaan berkongsi beberapa video terkini Madammu.
Aantaranya ialah sedutan program Diari Madammu yang bersiaran di Astro Ria setiap Sabtu bermula 3 Jun lalu jam 10.00 malam.
@madammmuI percaya ramai yang rindukan Madammu. Okay here you go Aidil throwback journey Madammu pregnant since ada yang kata perut Madammu 3 bulan 8 bulan sama besar! Apa yang I notice Madammu mula comel sangat tu sejak 8 bulan pregnant! 🤭♬ My Angell Babyy – John Box
“I percaya ramai yang rindukan Madammu. Okay here you go Aidil throwback journey Madammu pregnant since ada yang kata perut Madammu 3 bulan 8 bulan sama besar!
“Apa yang I notice Madammu mula comel sangat tu sejak 8 bulan pregnant,” tulis Aidil sambil disusuli dengan pelbagai komen peminat yang bertanya mengenai keadaan terkininya.
“Madammu dah selamat bersalin ke? Lama tak FYP.”
“Ahhh ni buat teringin nak preggy lagi.”
“Moga dipermudah urusan. Mendapat zuriat soleh solehah membawa ke syurga.”
“Rindunya Madammu… Semoga baby& Madammu selalu dalam lindungan Allah.”
“Cantiknya mom to be ni. Semoga dipermudahkan urusan.”
Diari Madammu antara lain memaparkan kehidupan realiti Madammu bersama keluarga yang tidak pernah dikongsikan di media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Biarlah Susah Sikit, Asal Tak Sekat Rezeki Orang, – Penerbit Rancang Tangguh Shooting & Tayangan, Fasha Sandha Tolak Sebab Fikir Nasib Kru
Walaupun belum sembuh sepenuhnya, pelakon, Fasha Sandha tetap bertegas untuk meneruskan baki penggambaran bagi drama Anak Tuan supaya tidak tertangguh terlalu lama.
Menurut Fasha, dia tidak mahu kecederaannya itu menjadi punca para pelakon dan kru-kru di belakang tabir lambat menerima baki pembayaran.
“Ketika pihak produksi memberi jadual untuk menyambung semula baki penggambaran lagi empat hari, suami saya agak berat hati juga nak izinkan. Keluarga juga risau nak sebab saya belum sembuh sepenuhnya.
“Namun, saya terfikir, kalau saya tak selesaikan tugasan ini, kru-kru dan seluruh pasukan produksi tidak akan dapat bayaran.
“Jadi, tak mengapalah kalau saya bersusah payah sedikit asalkan tak menyekat rezeki orang lain. Saya selalu berfikir, kalau kita mudahkan rezeki orang, InsyaAllah rezeki kita juga akan murah,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon, Aidil Aziz ini mendedahkan dirinya tidak pernah berhadapan dengan masalah sedemikian sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni.
“Sejak daripada kejadian tersebut, saya asyik fikirkan mengenai shooting. Sepanjang 20 tahun bergelar anak seni, tidak pernah sekali pun sesi penggambaran tertangguh sebab saya.
“Saya tak pernah buat orang lain menunggu. Namun, benda dah jadi. Saya pun tak mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana saya percaya setiap yang berlaku itu ada hikmah,” ulasnya lagi.
Katanya lagi, meskipun ada perancangan untuk menangguhkan tarikh tayangan, namun dia tetap memikirkan nasib orang lain berbanding dirinya sendiri.
“Pihak penerbit ada merancang untuk untuk meminta pihak stesen tv menangguhkan dahulu tarikh tayangan tapi saya tak sampai hati.
“Kalau saya pilih untuk tangguh, macam mana kru-kru nak dapat baki bayaran lagi 50 peratus.
“Saya memang akan selalu fikirkan orang lain dulu berbanding diri saya. Masa hari kejadian tu pun, saya minta untuk meneruskan penggambaran tapi pengarah tak izinkan sebab keadaan mata sudah tidak sama dengan babak sebelumnya.
“Saya jadi macam tu sebab nak habiskan penggambaran dengan segera supaya tak menyusahkan banyak pihak,” akhirnya.
Terdahulu, Fasha dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani penggambaran drama Anak Tuan bersama pelakon, Azhan Rani.
“Akibat hentakan itu, tulang mata bahagian kiri dramatis itu patah dan bebola mata kirinya berdarah serta bengkak sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar di Johor Bahru.
Dalam pada itu, drama arahan, Along Kamaludin itu bakal ditayangkan mengikut jadual pada Syawal ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI