Pelakon Ummi Nazeera menyatakan penghargaan serta terima kasihnya buat semua yang menyokong perjalanan drama bersiri, Risik Pada Hati yang sudah melabuhkan tirainya.
Sambil memberikan dedikasi, Ummi akui hasil kerja terbaik daripada semua pihak berbaloi meski berdepan cabaran penggambaran yang dijalankan Ramadan lalu.
“Syukur Alhamdulillah. Berakhir sudah drama rantaian Risik Pada Hati. Jutaan terima kasih buat semua penonton & penyokong. Sending my whole heart to all of you.
“Congratulations team Risik Pada Hati. Hard work paid off. Walaupun masa kita shoot tu bulan Ramadan dan agak mencabar nak buat scene heavy.
“Ditambah dengan dalam keadaan cuaca yg panas. Sampai pening pening kepala hahaha.. but its all worth it cuz of you guysss. Khas buat penonton drama #risikpadahati,” tulisnya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu pada masa sama berazam untuk terus memberikan yang terbaik di dalam mana-mana naskhah yang dijayakan selepas ini.
“Maafkan saya tak dapat reply comment & mesej satu satu ya. Thank you for all the encouraging messages. Syukur alhamdulillah. Segala puji milikNya.
“Anyway, InsyaAllah kami anak seni Malaysia will do better and better. Keep supporting us ya. Dont give up on us.
“Until then, Hayfa signing off. Until we meet again for the next character,” tulisnya lagi.
Pelakon dan usahawan, Shuib berkongsi cerita mengenai alat kawalan jauh televisyen miliknya yang telah rosak.
Menerusi Instagram, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad turut meminta pertokongan dan bertanya sama ada ia boleh ditukar baru atau dibaiki.
“Nak mintak tlg,,,,Remote tv ni dah rosak,,,mcmana skng???Nak btolkan remote ke atau ade ktmana2 boleh beli??? Remote tv jenama SHARP … Sangap ni,dah la dok rumah,remote pulak rosak,” tulisnya.
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...