Pelakon Alif Hadi mendedahkan hubungan cintanya bersama pelakon dan pengacara jelita, Yasmin Hani kini telah pun berakhir.
Menurut Alif, tindakan tersebut merupakan keputusan bersama dan dia reda hasrat untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian.
“Kini status saya sudah berseorangan. Saya sebenarnya tak nak komen sangat hal ini. Sangat sensitif dan tidak elok dikongsikan.
“Saya tak nak uar-uarkan. Namun, jika sudah waktunya orang di luar sana tahu, akan berlaku juga.
“Hal ini tiada kena mengena dengan bekas pasangan, Hani. Pada saya, mungkin jodoh kami setakat itu sahaja. Saya pun tak nak menyalahkan mana-mana pihak.
“Mungkin kedua-dua kami ini salah dan mungkin juga kami betul. Ini adalah keputusan bersama,” katanya kepada MH.
Pemenang Anugerah Aktor Pembantu Filem Popular itu berkata sedemikian ketika ditemui di Anugerah Bintang Popular ke-36, baru-baru ini.
Ads
Dalam pada itu, pelakon drama Kisah Cinta Rumi itu memaklumkan dirinya kini mahu meneruskan kehidupan seperti biasa dan enggan terlalu memikirkan soal perasaan.
“Sejujurnya, rasa sedih itu memang ada kerana kami sudah menjalinkan hubungan selama tiga tahun. Malah, kami merancang untuk berkahwin
“Saya hanya berserah kepada Tuhan. Pada masa sama, saya pun tak nak buang masa dan kita kena teruskan kehidupan.
“Tuhan itu sebaik-baik perancang. Dia ambil satu nikmat daripada saya, Dia gantikan dengan perkara lebih manis (trofi ABP36),” ujarnya lagi.
Ads
Pada masa sama, Alif memaklumkan hubungannya bersama Yasmin masih lagi baik dan mereka tidak akan bermasam muka.
“Kami masih berhubung. Kadang-kadang, anaknya ada membuat panggilan video. Mereka ajak saya berjumpa. Saya akan cari masa nanti.
“Hubungan kami masih baik dan tiada pergaduhan. Kalau sudah tiada jodoh, buat apa nak bermasam muka. Industri kita ini kecil sahaja,” kongsinya lagi.
Ads
Katanya lagi, dia kini hanya mahu memberikan fokus terhadap kerjaya lebih-lebih lagi selepas memenangi anugerah di ABP Ke-36.
“Kini saya alihkan fokus kepada diri sendiri dahulu. Saya sibukan diri dengan bekerja. Alhamdulillah tawaran saya ketika ini tidak putus-putus.
“Jika tiada pekerjaan, mungkin keadaan mental saya agak teruk. Namun kini semuanya berjalan lancar,” akhirnya.
Sebelum ini, Alif dan Yasmin sememangnya merupakan pasangan yang hangat bercinta dah sudah merancang untuk mendirikan tangga bersama.
Untuk rekod, Yasmin pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli muzik, Sha’arin pada 2015 namun berpisah selepas 10 tahun berkahwin.
Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 10 dan Eissa Elzander Wong kini berusia tujuh tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan model, Ain Edruce atau nama sebenarnya Nurulain Edruce telah berkongsi berita gembira buat peminat.
Kongsinya kepada MH, dia bakal melangsungkan majlis pertunangan Sabtu ini.
Ketika ditemui, Ain yang turut menjadi selebriti undangan pembukaan butik baru jenama Kate Spade di Suria KLCC, pada Rabu berkongsi berita gembira itu.
“Syawal kali ini saya memang rehat seketika dari sebarang projek seni bagi beri fokus pada persiapan majlis tunang, 22 Jun ini.
“InsyaAllah, majlis akan dilangsungkan di Kuala Lumpur sahaja,” katanya berkongsi.
Bintang tinggi lampai berusia 28 tahun itu juga turut memaklumkan, majlis tunang akan dilangsungkan secara sederhana.
“Majlis yang akan kami anjur sederhana sahaja. Malah para jemputannya pun terdiri daripada ahli keluarga kedua belah pihak selain rakan terdekat.
“Apa pun, saya sebenarnya tengah kelam-kabut juga sebab maklumlah, perlu buat persiapan, kemas rumah dan sebagainya.
“Saya dan keluarga saling membantu. Bukan apa, bergotong-royong ni seronok sebab masing-masing berkumpul,”ulas Ain lagi.
Tambah hos Lima Letup ini lagi, dia bagaimanapun merancang mahu melangsungkan majlis perkahwinan hujung tahun ini.
“Kita orang memang rancang untuk berkahwin tahun ini juga, mungkin Disember nanti, insyaAllah. Doa agar semuanya dipermudahkan,” pinta Ain yang dirisik teman lelakinya, Amirul Hafiz pada 19 April lalu.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Semoga berbahagia buat Ain dan pasangan, moga kekal hingga ke jenjang pelamin.
Majlis pembukaan butik baru jenama Kate Spade di Suria KLCC itu turut dihadiri rakan-rakan artis seperti Scha Alyahya, Tasha Shila, Nadia Brian, Siti Saleha, Daiyan Trisha, Hannah Delisha dan ramai lagi.
Perasmian majlis tersebut telah dirasmikan oleh artis korea terkenal, Oh Yeon Seo yang merupakan seorang pelakon drama bersiri My Sassy Girl.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu kepada penyanyi, Shila Amzah, Fauziah Sarman menyelarkan tindakan seorang pengguna akaun Instagram yang meninggal komen melampau terhadap dirinya dan anak-anak.
Selain mempersenda statusnya sebagai janda, individu terbabit turut menyifatkan Fauziah dan anak-anak sengaja ingin meraih perhatian di media sosial.
“Masuk IG saya kata saya dan anak-anak lapar publisiti. Panggil saya musibat dan kutuk saya janda. Terima kasih hina kami,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh Fauziah menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menerusi hantaran sama, Fauziah turut memuat naik foto tangkap layar yang memaparkan profile individu yang didakwa menghinanya itu.
Jelas Fauziah lagi, tindakan lelaki terbabit sebagai sesuatu yang hanya memalukan diri sendiri.
“Awak terlahir pun dari seorang perempuan. Memalukan sungguh lelaki mulut macam awak ni. Apa maksud musibat ye?” kongsinya lagi.
Malah, ibu kepada empat orang cahaya mata itu turut mengesyaki perbuatan tersebut mungkin dilakukan oleh pihak yang ada kaitan dengan isteri baharu bekas suaminya yang juga penyanyi, Datuk ND Lala.
“Mertua ex suami saya orang Melaka. Saudara mara penyondol ke tu?,” soalnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan individu berkenaan selain turut memberikan kata-kata semangat buat Fauziah.
“Siapa jantan ni? Kurag adab betul. Memalukan jadi lelaki. Suami dan bapa siapa ni? Biadapnya.
“Jangan mudah menghina orang saudara. Jadi janda pun sebab dapat lelaki yang tak tahu menilai dan menghargai seorang isteri.
“Saidatina Khadijah pun janda masa mengahwini Rasulullah. Betapa Allah angkat darjat janda ini. Berhati-hatilah bila keluarkan kenyataan. Takut musibah itu berbalik pada diri sendiri.
“Allahuakbar, ada juga manusia yang buta hati. Bukalah mata sikit. Tak tahu cerita sebenar, janganlah bercakap sedap mulut je. Sabar ye Kak Zie,” antara komen-komen netizen.
Sebelum ini Fauziah mengesahkan sudah diceraikan ND Lala menerusi lafaz dilakukan di sebuah masjid pada 2 Ogos lalu, namun hanya dimaklumkan mengenainya menerusi WhatsApp, enam hari kemudian.
Menerui perkahwinannya dengan ND Lala atau Amir Hamzah Salleh sejak 1989, Fauziah dikurniakan empat cahaya mata, Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fauziah Sarman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelbagai reaksi telah ditinggalkan pengguna media sosial hingga ada yang membayangkan wajah penyanyi Makhluk Penggoda itu saling tak tumpah seperti wajah penyanyi, Wany Hasrita.
Pada masa sama, ada juga yang turut mengkritik pautan darinya itu.
Video : Instagram Nursajadiah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani, terus menjadi perhatian apabila tempoh tahanannya bersama pembantu peribadinya, Mail Syahputra, dilanjutkan 30 hari lagi sehingga 1 Jun 2025.Perkara...