
Tahniah diucapkan buat pelakon Elisya Sandha yang juga isteri kepada anak pengarah Sheila Rusly, Uzair Haqimy yang telah selamat bersalin bayi perempuan di sebuah hospital swasta, pagi tadi.
Sheila memaklumkan mengenai perkhabaran gembira tersebut Instagram menerusi satu kapsyen ringkas bermakna.
“Sentiasa bersyukur. Alhamdulilah,” ucapnya.
Menerusi perkongsian, Sheila turut memuat naik video suntingan tangan bayi, dipercayai cucu sulungnya.
Bagaimanapun hasil tinjauan menerusi media sosial Elisya dan suami, masing-masing masih belum mendedahkan mengenai perkara itu.
Untuk rekod, Elisya yang juga adik kepada Fasha Sandha dan Uzair Haqimy atau lebih dikenali sebagai Haq mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebenarnya Saya Takut Sangat Nak Komen Sebab…,”- Mengapa Linda Jasmine?

Kehangatan program realiti tarian dan nyanyian, Dansa Dan Sing kian terasa apabila komen dan teguran yang diberikan oleh salah seorang juri tetap program berkenan, Linda Jasmine terhadap peserta mendapat perhatian penonton.
Bagaimanapun, Linda ada memberi teguran dan komen kepada kumpulan Atilia Haron, Yasmin Hani & The Lola supaya tidak menjadikan perbezaan umur sebagai satu alasan dalam pertandingan.
Lalu, Linda memperjelaskan bahawa teguran dan komen itu bersifat positif dan sebagai nasihat kepada peserta memberikan persembahan yang terbaik dalam rancangan tersebut.
“Sebenarnya saya takut sangat nak komen sebab saya takut saya tersalah cakap. Bila saya tegur mereka bercakap pasal umur dan kumpulan pesaing saya bukan apa, saya takut pengalaman saya di Akademi Fantasia (AF) terjadi pada mereka.
“Berdasarkan pengalaman saya dalam AF bila ada pelajar yang cakap perkara sedemikian dalam AF, penonton tak suka sebab apa yang saya tahu penonton dia tak nak tahu alasan sedemikian.
“Jadi kalau boleh saya nak semua peserta untuk elakkan melakukan perkara macam tu,” jelas Linda jujur.
Linda bagaimanapun akui bukan suatu hal yang mudah buat seorang penyanyi, apabila perlu menghafal langkah demi langkah tarian saban minggu.
Namun, itulah cabaran yang perlu dihadapi menerusi program ini.
Rancangan Dansa Dan Sing telah dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Hady Mirza.
Sementara guru tari, Linda Jasmine dan pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim telah diberi kepercayaan sebagai juri tetap.
Konsert minggu ini yang bertemakan ‘Vice Versa Irama’, pelakon dan pelawak Datuk AC Mizal diundang sebagai juri jemputan.
Program realiti tarian ini ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Nak Pilih Hospital, Saya Tunaikan,” – Belum Ada Rezeki Bersalin Normal, Raqib Majid Cerita Tasha Manshahar Akan Dibedah

Penyanyi dan bekas penyampai radio, Raqib Majid mendedahkan walau sesibuk manapun urusan hariannya, dia akan sentiasa meluangkan masa untuk menemani isterinya yang juga merupakan penyanyi, Tasha Manshahar bagi menjalani pemeriksaan kehamilan.
Menurut Raqib, perkara tersebut sememangnya sudah menjadi rutin penting buat dirinya semenjak isterinya hamil anak pertama mereka iaitu, Muammar Rafiqi.
Katanya lagi, pada kehamilan kali kedua ini, dia juga akan menunaikan permintaan Tasha untuk bersalin di hospital pilihannya.
“Harini for the first time Muammar ikut dedi bawa mommy check up. Lain rasanya bila ada anak lelaki sulung teman. Dapat jugak Muammar tengok adik sebelum adik keluar tak lama lagi.
“Sebagai seorang suami dan ayah, walau sesibuk mana tetap saya cuba adakan masa untuk tak terlepas teman Tasha check up since Tasha mengandungkan Muammar lagi. Alhamdulillah ALLAH bg rezeki waktu. Kalini Tasha tanya boleh ke dia nak pilih hospital yang dia nak, jadi saya tunaikan.
“Tok guru saya pesan, kalau nak murah rezeki jangan berkira dengan isteri, anak-anak dan keluarga. Doakan saya ye,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Raqib memaklumkan, isterinya itu bakal melahirkan cahaya mata kedua mereka secara pembedahan memandangkan posisi bayi dilaporkan berada dalam keadaan songsang.
Meskipun ia merupakan satu perkhabaran yang sedih buat isterinya, namun, Raqib percaya perancangan Allah adalah yang terbaik.
“Cuma Tasha sedih sikit harini sebab doktor kata baby tak pusing ke posisi yang sepatutnya. Jadi doktor cadangkan untuk set tarikh. Saya tahu jauh disudut hati Tasha nak cuba untuk bersalin normal sebab dia dah ada pengalaman czer masa melahirkan Muammar.
“Tapi, saya pesan pada dia Allah tahu yang terbaik. Yang penting mommy dan baby selamat. Minta doa semua agar dipermudahkan urusan kami sekeluarga,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar segalanya urusan Tasya saat melahirkan nanti akan dipermudahkan.
“Semoga dipermudahkan segala urusan untuk awak dan isteri ya sheikh.
“Insyaallah syeikh semua nya dipermudahkan untuk Tasha, awak, Muammar & baby.
“Semoga dipermudahkan proses bersalin.
“Muammar dah nak jadi abang abang. Moga dimudahkan urusan ticer Tasha,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Raqib dan Tasha telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 September 2018.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah telah pun terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata sulung, Muammar Rafiqi yang kini baru berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram Raqib Majid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Lagu Dangdut, Kenalah Bergoyang…,” – Dikecam Sebab Gelek ‘Maut’ & Baju Ketat, Peminat Back Up Baby Shima

Sejak semalam, nama penyanyi Baby Shima hangat diperkatakan di seluruh platform media sosial.
Ia susulan selepas Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli selesai membuat persembahan di sebuah festival muzik tempatan pada Sabtu.
Menerusi beberapa video tular, ramai diantara warganet dilihat kurang senang dengan persembahan Baby Shima yang sakan bergelek ketika di atas pentas dan mengenakan pakaian yang agak ketat.
Lantaran itu, ramai yang mengatakan tindakan Baby Shima itu agak keterlaluan dan tidak menghormati norma dan budaya di Malaysia.
Terbaharu, menerusi hantaran di laman Instagram, penyanyi lagu Pura Pura Bujang itu merakamkan ucapan penghargaan kepada semua penonton yang telah menunjukkan sokongan terhadap dirinya sepanjang persembahan berlangsung.
“Meriah semua bergoyang dengan Baby Shima. Terima kasih yang sudah datang. Sporting korang semua,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen mempertahankan Baby Shima selain turut menyifatkan sudah menjadi kebiasaan untuk para penyanyi dangdut untuk menari ketika membuat persembahan.
“Terbaik Baby Shima. Auramu cukup kuat dan teguh dalam memperjuangkan irama dangdut yang kini semakin popular lagi mantap.
“Dah lagu dangdut kenalah bergoyang. Salam sukses selalu buat Baby Shima dari Solo, Jawa Tengah.
“Aku pelik la orang yang suka hina Baby Shima. Padahal ramai sahaja artis perempuan yang joget-joget seksi. Tak nak pula korang kecam. Aku tengok dia joget biasa je. Takdelah over sangat.
“Ramai yang acah-acah suci dekat sini. Sekalinya, di belakang, maksiat sana sini.
“Paling best. Bertenaga. Layan peminat yang datang dari jauh. Lagu best-best. Enjoy gila. Baby Shima paling best hari ini,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sehingga kini video yang dikongsikan Baby Shima itu telah meraih lebih 400,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Baby Shima
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI