“Sentiasa Positif, Maaf Sentiasa Dibibir,” – Elly Mazlein Dedah Sikap Tekun Azharina Waktu Berkerja

Share

Selebriti versatil Elly Mazlein memberikan dedikasinya terhadap rakan artis, Azharina Azhar yang kini sedang bersaing menerusi program realiti, All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Menurut Elly yang mesra disapa Kak Lina, Azharina pada pandangannya dilihat sebagai penyanyi yang tekun selain komited dalam berkerja.

“Dia yang bernama Azharina. Setiap kerjanya dia akan pastikan buat yang terpaling baik. Sentiasa fokus dalam bekerja.

“Sentiasa positif, maaf sentiasa di bibirnya. Semangat terus wahai sahabat,” titip Elly menerusi perkongsian terkini di Instagram.

Elly yang juga hos program sama turut memberikan sokongan buat penyanyi lagu Seandainya itu.

“Saya dan penyokongmu sentiasa bersamamu. Love you juara GV3. Jom kesayangan kak Lina kita bagi kata semangat untuk Nina,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Azharina yang menyampaikan lagu Sayang Di Sayang di saingan minggu ketiga ASGV malam tadi menerima reaksi pelbagai.

Azharina menerusi sidang media menitiskan air mata susulan tidak berjaya memberikan persembahan terbaik buat barisan gurunya yang banyak memberikan tunjuk ajar.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sin

i

Published by
MH