
Penulis lirik dan pengacara, Ahmad Fedtri Yahya meluahkan rasa kagum dengan sifat dan perwatakan personaliti TV, Puan Sri Normala Samsudin.
Pengacara rancangan Malaysia Hari Ini menyanjungi sifat Puan Sri Normala sangat berkarisma dan mempunyai aura yang tersendiri.
Bukan itu sahaja, Fedtri juga menyifatkan Puan Sri Normala sebagai seorang wanita yang bersopan santun dan peramah.
“Aura, karisma, pesona dan wibawa beliau dalam mengemudi rancangan TV3 seperti #NONA cukup mengagumkan…
“Sentiasa santun, berbudi, mesra dan tersenyum…
“Rahsia keanggunan wanita ini. Satu – satunya Puan Sri @normalasamsudinofficial,” tulisnya.
Imbas kembali, nama figura Puan Sri Normala menjadi pujaan dan dikenali orang ramai selepas menjadi pengacara rancangan Nona di saluran TV3 sekitar tahun 2001.
Foto: Instagram Ahmad Fedtri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Membuatkan Ramai Orang Keliru…” – Senario Pempengaruh & Selebriti Didakwa Promosi Pelaburan Saham Tanpa Patuh Syariah

Pengasas Asri Ahmad Academy, Datuk Mohd Asri Ahmad menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan individu yang menggunakan media sosial untuk menyebarkan informasi yang mengelirukan.
Ia termasuk senario segelintir selebriti dan pempengaruh dalam mempromosikan produk pelaburan saham yang didakwa tanpa mengikut syariah.
“Ada segelintir masyarakat kita mempromosikan produk tak patuh syariah. Malah penglibatan influencer atau selebriti dalam pelaburan saham tidak patuh syariah juga membuatkan ramai orang keliru.
“Sebab itu pentingnya masyarakat untuk belajar tentang pelaburan saham ini dari saluran yang betul. Kita kena selidik dahulu produk syariah yang dipromosikan.
“Kalau nak tahu syarikat atau produk itu sah atau tidak sah, kenalah rujuk pihak berkuasa seperti Bank Negara sebelum terlibat dalam mana-mana produk,” katanya.
Serentak dengan itu, seramai 132 orang graduan telah menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Profesional Analisis Teknikal dan Sijil Profesional Pelaburan Syariah di Grand Ballroom Hotel Tenera, Bangi pada semalam.
Modul pembelajaran khusus yang dipelopori Asri Ahmad Academy (AAA) bermula tahun 2021 ini telah mendapat pengiktirafan pihak UTMSpace dan terbukti releven untuk dipraktikkan dalam pasaran dan situasi sebenar.
Sijil Profesional Analisis Teknikal merupakan program kerjasama UTMSpace dan AAA yang mula ditawarkan pada tahun 2021 dan telah berjaya melahirkan 42 orang Profesional dalam bidang Analisis Teknikal.
Sijil Professional ini telah melahirkan pedagang saham yang mahir menggunakan teknik analisis teknikal yang diguna pakai oleh pakar-pakar pasaran saham seperti pengurus dana di seluruh dunia.
AAA turut menawarkan Sijil Profesional Pelaburan Syariah yang menitikberatkan kepada produk-produk patuh syariah di Bursa Malaysia yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dan mahir dalam bidang masing-masing.
Majlis penyampaian sijil tersebut telah disempurnakan oleh Sr Ts Dr. Zakaria Mohd Yusof, Pengarah Pembelajaran Sepanjang Hayat UTMSPACE dengan disaksikan oleh Datuk Mohd Asri Ahmad, Nik Ihsan Raja Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah International Federation of Technical Analysis (IFTA), dan Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre, Ustaz Yaakub Yusra.
Bagi yang berminat dengan Sijil Profesional Analisis Teknikal dan Sijil Profesional Pelaburan Syariah ini boleh melayari laman web rasmi mereka.
Dalam majlis sama, AAA turut menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Maahad Integrasi Madad (MIM) untuk berkongsi ilmu pelaburan saham kepada pelajar-pelajar tahfiz yang telah menamatkan pengajian.
Objektif program ini adalah untuk melatih golongan ini supaya mampu menguruskan kewangan disamping menjana pendapatan melalui pelaburan saham.
AAA akan bertanggungjawab dan memberikan komitmen dalam menyampaikan ilmu pelaburan kepada para pelajar tahfiz ini.
Malah, Sijil Professional ini mampu melahirkan pedagang saham yang mahir menggunakan teknik analisis teknikal yang diguna pakai oleh pakar pasaran saham seperti pengurus dana di seluruh dunia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peluklah 10 Saat, Cium Isteri Pesan Yatt Hamzah

Pelakon dan pengacara Haryati Hamzah atau sinonim dipanggil Yatt Hamzah berkongsi tip hubungan rumah tangga antara suami isteri sentiasa berbunga-bunga.
Baginya, suami yang romantik bukan berlandaskan pada wang dan hadiah mahal semata-mata, namun suami yang romantik adalah suami yang berjaya membuatkan isterinya berasa selesa dan gembira.
“Antara tanda2 suami yg ROMANTIK ialah selalu buat isterinya tersenyum lebar sorang2 dan gelak besar hingga tutup mulut dan mata sepet mcm ni. Betulkan, isteri2 Solehah sekalian.. Haa meh lekas tag suami msg2. Bonda nak share ciri2 SUAMI ROMANTIK ni;
“Wahai suami2 Soleh sekalian, SUAMI ROMANTIK x semestinya yg belikan hadiah mahal, bg bunga (walaupun kita mmg harap suami selalu bg bunga & coklat), buat romantic dinner atau suprise utk kita..
“ROMANTIK x DIUKUR DG MATERIAL SEMATA2. NABI SAW adalah contoh LELAKI PLG ROMANTIK.
“Baginda tidak memewahkan isteri2 krn kehidupannya yg serba sederhana, tp sifat dan keperibadian baginda sbg suami amatlah disenangi dan membahagiakan isteri.
“11 Perbuatan yg membahagiakan ISTERI, tanda SUAMI ROMANTIK ;
1. PELUK 10 SAAT & CIUM ISTERI
Sebelum keluar rumah, biasakan peluk isteri at least 10 saat (lg lama lg bagus) dan beri ciuman ikhlas. Kuasa pelukan & ciuman membuat isteri rasa dicintai. Lakukan setiap hari sekerap mungkin.
2. RAJIN2 WHATSAPP & TEKS ISTERI
Jgn masa bercinta je rajin wasap, dm, teks isteri. Lepas dah bertahun2 kahwin kena lbh rajin. Tak perlu ayat cinta berbunga. Cukup dg yg simple, Hi syg, I ❤U. I Miss U. Dah cukup buat hati isteri berbunga2. Selitkan juga ikon2 & grafik2 comel buat isteri tersenyum simpul.
3. PANGGILAN MANJA
Jgnlah sekadar panggil I you je. Selain SAYANG, panggillah isteri dg gelaran2 yg lebih kreatif dan menarik hati isteri spt ADINDA, MY QUEEN, JANTUNG HATIKU, BIDADARI, MANJA CINTA HATI, etc.. Pasti isteri cair dan happy.. Nabi SAW panggil Aisyah dg panggilan HUMAIRA’ (Kemerah2an).
4. RAJIN2 BANTU ISTERI
Ya mmg ada suami yg rajin bantu isteri. Tp lbh romantic jika sama2 bantu isteri bila dia memasak, cuci baju, cuci toilet, sidai baju, lipat kain.. Bisikkan kata2 cinta di telinganya dan selitkan lawak jenaka sikit. Mesti lg bersemangat dan hilang penat isteri buat kerja rumah.
5. SUAP ISTERI
Rajin2lah suap isteri bila makan bersama, x kiralah di dlm atau luar rumah. Lbh sweet kalau makan dr pinggan isteri dan minum dr cawannya spt yg Nabi SAW buat. 🤗
Haa ni baru 5, kalau nak lg 6 tips, lekas TAG SUAMI & KOMEN NAK,” kongsi Yatt.
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Dalam perkembangan lain, Yatt kini sedang hamil anak keempat hasil perkongsian dengan suami, Mohammed Zulfadhli Khairuddin pada Februari 2016. Mereka turut dikurniakan dua orang cahaya mata, Humaira Iqlima, 3, dan Suci Hayfaa Medina berusia setahun.
Terdahulu, Yatt juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Mutalib Shukor dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Suci Hanania Malika, 7 tahun.
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Foto : Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Juga Seleweng Wang Sewa Rumah,” – Nirina Zubir Kongsi Penipuan Lain Yang Dilakukan Pembantu Rumah Arwah Ibunya

Belum lagi reda isu pembantu rumah arwah ibu Nirina Zubir mencuri sijil tanah bernilai lebih RM4.9 juta, Nirina Zubir turut berkokngsi yang pembantu rumah yang dikenali dengan nama Riri Khasmita itu turut memperdayakan ibunya dengan mencuri hasil rumah sewa dan bilik asrama selama ini.
Bintang filem Ali & Ratu-Ratu Queens itu berkongsi yang selama ini dia tidak mengambil tahu mengenai bilik asrama dan juga rumah sewa milik ibunya kerana melihat Riri sebagai pembantu yang membantu menguruskan segala perniagaan ibunya yang ada.
Menceritakan tentang penipuan itu menerusi laman YouTube Kompas, dia berkata, “Wang hasil bilik asrama dan juga wang sewa rumah milik ibu turut diambilnya. Sejujurnya sebelum ini kami tidak berfikiran buruk sedikitpun.”
BACA LAGI: Nirina Zubir Menangis, Pembantu Rumah Disyaki Menggelapkan Harta Arwah Ibu Bernilai RM4.9 Juta
Perkara itu terbongkar seiring dengan penemuan tentang penipuan enam sijil tanah milik ibunya yang telah dijual dan digadai.

Apabila saudara mara Nirina menguruskan bilik asrama dan rumah sewa setelah kematian ibunya, dari detik itu mereka mendapati yang penghuni di bilik sewa sewa itu merupakan pekerja-pekerja bisnes milik Riri.
Mereka tinggal disitu secara percuma dan bayaran rumah sewa turut dimanipulasi.
Jelas Nirina, “Bilik-bilik itu dipenuhi dengan pekerja-pekerjanya. Mereka tidak perlu membayar wang dengan alasan bil elektrik adalah bayaran rata. Sama juga dengan rumah sewa, dengan kami Riri menyatakan pembayaran adalah sekian-sekian namun apabila ditanya kepada penyewa jumlah bayaran yang mereka beri kepada Riri jauh lebih tinggi.”

Pembongkaran jenayah yang dilakukan oleh pembantu rumah tersebut menjadi bualan hangat dan mengejutkan ramai pihak terutamanya tentang isu mafia tanah yang memanipulasikan orang untuk menjual tanah mereka melalui penipuan.
Sumber: Youtube Kompas
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI