Tempoh perkenalan yang singkat sebelum mendirikan rumah tangga membuatkan pengacara, Hana Ismail begitu teruja untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai suaminya yang juga merupakan pendakwah bebas Da’i Syed.
Jelas Hana, selain mempunyai perwatakan yang sangat penyayang, salah satu cara yang dipraktikkan oleh Da’i Syed untuk menyemai rasa cinta adalah dengan menari bersama isterinya.
Katanya lagi, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful juga suka semangat-semangat yang positif untuk memulakan harinya
“Dia suka berteman. Tak boleh sorang-sorang dan dia suka menari. Kadang-kadang dia ajak saya menari bersama di rumah. Dia ajar saya satu tarian daripada Hadramawt sampai saya dah pandai sekarang. Bila bosan-bosan, kita buka lagu dan menari.
“Da’i Syed juga ada tabiat yang suka senyum lebar bila bangun dari tidur pada waktu pagi. Kebanyakkan orang, mereka akan ‘monyok’ atau tiada mood tapi dia tidak. Dia sentiasa bersemangat untuk menempuh hari tersebut,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Hanna turut mendedahkan suaminya itu juga kerap berkongsi ilmu berkaitan agama.
Ads
“Selain menari, dia juga akan mengajar saya mendalami ilmu Bahasa Arab termasuklah penterjemahan. Pada mulanya saya macam tak minat tapi bila dia selalu ‘push’ saya, lama kelamaan saya jadi suka.
“Mungkin itulah tugas seorang guru. Dia juga akan bertanyakan soalan fikah dan tasmik bacaan Al-Quran saya,” kongsinya lagi.
Ads
Bagi Da’i Syed, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat peduli dan mengambil berat terhadap segala urusan hariannya.
“Hana pula, dia sangat suka beri perhatian kepada saya walaupun saya tak minta. Kadang kita tak nak minum pun, tapi dia tetap buatkan kopi.
“Dia juga seorang yang sangat penyabar, penyayang dan bertanggungjawab. Segala makan minum dan pakaian saya, dia akan jaga. Dia berniat untuk berkhidmat kepada saya,” kongsinya lagi.
Ads
Bercakap mengenai perkongsian ilmu, Da’i Syed memberitahu, dia tidak mempunyai masalah untuk mengajar Hana meskipun jurang usia mereka agak berbeza.
“Walaupun beza umur kami agak jauh, memang sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan dia ilmu. Apa sahaja ilmu yang dia suka, saya akan berikan kepada dia.
“Saya mahu bila dia menjadi pengacara atau menghadiri majlis-majlis ilmu, dia ada imput atau isi untuk disampaikan,” akhirinya.
Sekadar informasi, Da’i Syed dan Hana telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 3 Disember 2022 dengan sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Hana Ismail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tular di laman Twitter sebuah klip video menunjukkan seorang kanak-kanak mencium aiskrim unicorn berulang kali sehingga digelar batak oleh si perakam.
Tindakan si perakam yang sepertinya mempersendakan kanak-kanak ini mendapat kecaman reaksi pelbagai netizen.
Malah selebriti terkenal, Neelofa dilihat turut memberikan maklum balas.
Neelofa menerusi laman Twitter memohon agar netizen dapat ‘mengicau kembali’ tweet yang dibuat agar dia dapat bertemu kanak-kanak tersebut.
“Thanks guys for the RT. But sadly, the original post has been deleted. But I noticed, there was 1 tweet mentioned that she knew the girl in the video. Can help to mention me again?,” tulisnya.
Thanks guys for the RT. But sadly, the original post has been deleted. But I noticed, there was 1 tweet mentioned that she knew the girl in the video. Can help to mention me again?
Dilaporkan, video ini bagaimanapun telah dipadam selepas menerima kecaman hebat.
Video yang tular ini telahpun sampai ke pengetahuan ayah kanak-kanak terbabit, Mohd Kamarul. Ulasnya, Wan Amira Iwani begitu teruja kerana telah lama mencari aiskrim viral ini.
Difahamkan, keluarga ini tinggal di Tanjong Karang, Selangor.
Semoga hajat Lofa ingin berjumpa adik ini dipermudahkan.
Foto – Twitter Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi peminat tegar filem Spider-Man: Far From Home yang sudah ditayangkan sejak 4 Julai lalu, pastinya berpuas hati dengan filem arahan Jon Watts ini.
Mana tidaknya, kelainan yang ditunjukan menerusi filem berdurasi dua jam sembilan minit ini pastinya memberi impak tersendiri buat para pengikut filem ini sejak sekian lama.
Jadi jom! MH senaraikan antara trivia menarik mengenai filem Spider-Man: Far From Home yang sehingga kini sudah pun digelar filem SpiderMan paling berjaya setakat ini!
Sinopsis
Filem ini mengisahkan seorang remaja bernama Peter Parker lakonan Tom Holland yang sedang bercuti bersama rakan-rakannya di Eropah selama dua minggu.
Bagaimanapun, percutian tersebut tidak seperti yang dirancang apabila kedatangan Nick Fury lakonan Samuel L Jackson yang memperkenalkan Peter dengan Quentin Beck Mysterio lakonan Jake Gyllenhaal) untuk bekerja sama menghadapi Hydro-Man.
Maka, bermulalah aksi antara mereka berdua.
Mencatat Kutipan Tertinggi
Sony Pictures Entertainment mendedahkan bahawa filem ini merekod kutipan lebih RM15 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan di negara ini. Manakala di Amerika Syarikat pula, filem ini merekodkan kutipan sebanyak RM1 bilion. Wow!
Hero Filem Spiderman
Tom Holland yang baru berusia bawah 25 tahun sudah berjaya memegang watak adiwira sebagai Spiderman! Malah, pelbagai aksi yang dilakukan bagi menjayakan watak berkenaan.
Heroin Filem Spiderman
Pelakon wanita, Zendaya memegang watak sebagai Michelle atau MJ Jones, iaitu teman istimewa Parker. Filem ini merupakan antara filem box-office terawalnya.
Filem Marvel Terakhir?
Filem Spider-Man: Far From Home juga merupakan filem terakhir bagi Marvel. Bagaimanapun, hal tersebut masih lagi menjadi tanya tanya peminat setia.
Sementara itu, rasai sendiri pengalaman menonton filem aksi berkenaan menerusi pengalaman simenatik berbeza di MBO Cinemas, khasnya di MBO Atria Shopping Gallery, Damansara. Ia menampilkan MBO KECIL dan Big Screen.
Lalu, MBO Atria Shopping Gallery memperkenalkan ONYX Cinema LED pertama hasil kerjasama bersama Samsung.
Secara tidak langsung, ia bakal ‘memancarkan’ kandungan yang mempunyai resolusi ultra-tajam di layar perak menerusi pancaran skrin LED yang futuristik.
Pada masa sama, dewan Onyx turut mengetengahkan aspek canggih lainnya termasuk skrin resolusi tinggi 4K yang menyokong kandungan resolusi dinamik tinggi (High Dinamic Resolution atau sinonim dipanggil HDR), persembahan warna yang tepat serta imej yang bebas distorsi.
Selain itu, pawagam ini juga mempersembahkan audio yang seumpama kehidupan nyata dengan menggunakan teknologi pembesar suara JBL Surround Sound System oleh Harman yang membolehkan penonton di setiap baris menikmati bunyi jelas serta seimbang.
Sumber trivia : Metro UK Entertainment
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Julia Farhana Marin mendedahkan dia sebenarnya sudah empat tahun memakai tudung namun terpaksa melakukannya secara ‘on and off’ kerana terikat dengan tuntutan kerja.
Namun, memasuki tahun ini, Julia, 29, mengambil keputusan untuk terus berhijab penuh dan istiqamah dengan keputusannya itu.
“Sebenarnya, orang tidak tahu saya sudah pakai tudung sejak empat tahun lalu secara ‘on-off’, cuma masih belum betul mengubah penampilan sepenuhnya pada ketika itu.
“Disebabkan masih belum bersedia untuk menukar imej, saya sering buka tudung apabila masuk set penggambaran dan pakai semula selepas bekerja.
“Namun, tahun ini saya tergerak hati untuk terus pakai dan mahu terus istiqamah,” katanya kepada MH.
Berkongsi lanjut perjalanan penghijrahannya itu, Julia berkata dia masih lagi belajar dan terbuka dengan segala teguran yang diberikan terhadap dirinya.
“Meskipun sudah bertudung, banyak lagi perkara saya tidak tahu dan saya masih dalam proses pembelajaran.