Terdahulu, pelakon Zara Zya atau nama sebenarnya, Zainurul Razia ada berkongsi di akaun Instagram miliknya perihal kecaman dan komen berbaur negatif terhadap dirinya.
Semuanya gara-gara keputusan pelakon ini untuk memulakan perniagaan.
Lantas, perkongsian pelakon berusia 33 tahun itu telah menjadi perhatian daripada peminat.
Lalu, MH bertemu Zara Zya pada sidang media Kempen Ramadan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), semalam bagi mendapatkan ulasan lanjutnya.
Jelas Zara, bukan senang buat seseorang untuk memulakan perniagaan yang ada fasa turun dan naiknya.
“Bukan senang saya nak buat bisnes tau, which is orang tak tahu empat lima tahun saya berkecimpung dalam industri.
“Akan tetapi pada masa sama berkecimpung dalam bidang perniagaan juga, turun naik jatuh bangun bisnes tu tiada siapa yang tahu.
“Cuma sejak akhir-akhir ni, tak pasti kenapa makin ramai yang macam nak serang. Mungkin sebab terlalu ramai selebriti yang buat bisnes.
“Jadi mungkin ada yang ingat kita berniaga sekadar untuk duit sahaja, bukan berniaga betul-betul atas tiket barang tu bagus,”kongsinya.
Di samping itu, pelakon asal Lenggong, Perak itu turut meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila ada segelintir individu yang memberikan kata-kata negatif yang membabitkan keluarganya pada masa sama.
“Kata-kata orang ni bagi tekanan macam bagi impak berat kepala otak. Misalnya ada satu ketika, ia sentuh pasal keluarga pula.
“Bagi saya, isu itu sangat sensitif, tak ada siapa yang tahu susah senang saya so itulah terjadinya luahan di media sosial,”luah Zara lagi.
Bagaimanapun, turut Zara, dia kini kian positif dan boleh menghadapi situasi tersebut dengan sokongan keluarga.
Terdahulu, Zara telah menjalankan pelbagai jenis perniagaan seperti produk kecantikan, kesihatan serta makanan.
https://www.instagram.com/p/BwYde_ejXEl/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI