Satu perkongsian foto daripada pelakon, Izara Aishah di Instagram baru-baru ini mencuri tumpuan apabila dia merakam gambar bersama permata hati, Irisa Alaia.

Mengenakan persalinan jubah rona merah jambu cair lengkap dengan tudung melepasi paras dada, penampilan pelakon filem Pilot Cafe itu cukup memukau pandangan.

Malah, hantaran tersebut yang dibuka akses komen memberi ruang buat peminat untuk menzahirkan rasa gembira atas perkongsian terbabit.

“Senyap-Senyap Tutup Semua…,” – Bergambar Sambil Dukung Anak, Instagram Izara Aishah Dihujani Doa, Ramai Beri Kata Positif “Senyap-Senyap Tutup Semua…,” – Bergambar Sambil Dukung Anak, Instagram Izara Aishah Dihujani Doa, Ramai Beri Kata Positif

Rata-rata daripada mereka memberikan emoji berbentuk hati dan kata positif selain mendoakan yang baik-baik buat ibu kepada seorang cahaya mata itu.

“Alhamdulillah. Pertamanya, saya tumpang gembira melihat penampilan baharu Kak Izara. Saya yakin penampilan baharunya Kak Izara dapat membawa sinar harapan baharu di samping keluarga dan suami serta anak tersayang. Anggaplah Kak Izara seperti kakak saya. Saya menzahirkan doa dan harapan semoga Kak Izara terus istiqomah serta teruskan aktif dalam kerjaya seni hiburan pada kesesuaian yang akan datang,” komen seorang peminat.

Ads

“Kak Izara, ape yang buat Kak Izara nekad berhijrah? Cantik sangat sekarang ni,” tanya peminat lain.

“SubhanaAllah…sebaik2 doa untuk Izara dan baby,” antara komen yang tertera.

“Cantik sgt adik, moga menjadi inspirasi bagi kawan2 yang lain,” harap peminat mendoakan yang terbaik.

“Ya Allah. Kau Maha Baik!!! SubhanaAllah sempurna Izaara tutup. Ya Allah… Saya sendiri masiih jahil. Allah. Semoga lebih ramai terbuka hidayah. U are doing great super great mommy!,” tulis peminat.

Ads

“Ini yang dikatakan jgn kecam orang seksi, bila dia dapat hidayah allah, lagi elok dari kita,” komen peminat.

“Semoga terus istiqomah wahai bidadari syurga..Hijrah yg sangat2 indah. Jommm sama2 mencari syurga Allah & redho Allah,” tulis salah seorang peminat.

“Aduh cantik sangat la inspirednya,” antara respon pujian yang diterimanya.

“Ramai ajer lagi yang bertudung tapi aurat masih terdedah kan?? Izarah senyap2 tutup semua…Alhamdulillah,” antara respon yang ditinggalkan.

Ads

Izara bagaimanpun tidak memberikan sebarang reaksi terhadap komen-komen yang diberikan di ruangan komen.

“Senyap-Senyap Tutup Semua…,” – Bergambar Sambil Dukung Anak, Instagram Izara Aishah Dihujani Doa, Ramai Beri Kata Positif

Terdahulu, ibu kepada seorang cahaya mata ini memadam semua foto yang memaparkan dirinya tidak bertudung dari laman Instagram miliknya, pertengahan Ogos lalu.

Malah Izara turut berkongsi beberapa keping gambar baru mengenakan tudung, sekali gus memberi bayangan positif perihal penampilannya.

“Senyap-Senyap Tutup Semua…,” – Bergambar Sambil Dukung Anak, Instagram Izara Aishah Dihujani Doa, Ramai Beri Kata Positif “Senyap-Senyap Tutup Semua…,” – Bergambar Sambil Dukung Anak, Instagram Izara Aishah Dihujani Doa, Ramai Beri Kata Positif “Senyap-Senyap Tutup Semua…,” – Bergambar Sambil Dukung Anak, Instagram Izara Aishah Dihujani Doa, Ramai Beri Kata Positif

Foto: Instagram Izara Aishah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI