Hiburan

“Seolah-Olah Minta Simpati & Sedekah,” – Datuk Red Tak Mahu Lagi Bergantung Dengan Live TikTok, Segan Dengan Anak-Anak

Share

Suami kepada penyanyi, Adira iaitu Datuk Red memaklumkan dirinya tidak mahu lagi bergantung harap dengan hanya mengadakan sesi siaran langsung di aplikasi Tik Tok untuk meraih sumber pendapatan

Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adenan Abu berkata, dia harus melakukan pekerjaan yang lebih serius untuk menampung perbelanjaan keluarga.

“Kalau ikutkan, saya boleh sahaja menjana purata mendapat RM500 hingga RM600 dalam masa satu hari dengan mengadakan sesi siaran langsung di Tik Tok.

“Namun, sampai bila saya nak hidup sebegitu? Lebih-lebih lagi anak-anak saya pun sudah besar.

“Bila dia tengok ayah dia bermain Tik Tok, seolah-olah saya meminta simpati atau sedekah. Padahal, hutang saya pun banyak lagi,” katanya.

Perkata itu dimaklumkan sendiri oleh Datuk Red menerusi sebuah hantaran di aplikasi Tik Tok.

Lantaran itu, Datuk Red memaklumkan dirinya kini bakal memulakan bisnes baharu dengan menjual produk minuman berasaskan tongkat ali.

“Pada saya, perkara itu hanyalah seketika kalau nak mencari pendapatan untuk satu atau dua bulan. Saya tak boleh hidup dalam keadaan begitu.

“Jadi, saya mengorak langkah. Bila ada peluang untuk membuat bisnes, lebih baik saya meneruskan perniagaan saya,” ujarnya lagi.

Keputusan itu mendapat sokongan positif daripada banyak pihak dan mereka turut mendoakan semoga bisnes Datuk Red itu sukses serta dipermudahkan.

“Pemikiran orang bisnes. Comeback stronger.

“Respek dengan Datuk Red.

“Orang yang sudah biasa buat RM1 juta ke atas, dia tahu hala tuju nak buat apa untuk capai balik.

“Bagus Abang Red ni. Tak meminta gift. Tak macam Tik Tokers lain. Sampai meminta seakan memaksa. Semoga berjalan dalam bisnes.

“Ciri-ciri orang berjaya itu memang next level dan berwawasan,” antara komen-komen netizen di Tik Tok.

Baru-baru ini, menerusi beberapa perkongsian di media sosial, Datuk Red dikatakan telah menerima bantuan daripada Mentor Keusahawanan terkenal, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang mahu memberi bimbingan kepadanya untuk bangkit semula.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf