Hancur luluh hati melihat sekeping foto yang dikongsikan Altimet di laman sosial miliknya.

Seorang bapa tidak mampu menahan tangisan kerana tidak mampu menyediakan makanan buat anaknya yang sedang kelaparan.

Jelas rapper ini, anak-anak di Syria tiada masa merintih atas ujian yang ditimpakan sebaliknya mereka terus berjuang untuk terus hidup.

Jelasnya, walau sedar ada segelintir rakyat Malaysia yang masih memerlukan bantuan, namun umat Islam di sana juga sedang dalam keadaan darurat.

“Gambar ini memberi kita seribu satu pengajaran.

“Bagaimana seorang ayah menangis kerana tidak mampu menyediakan makanan buat anaknya yang sedang kelaparan.

“Ajaibnya, anak beliau tidak ikut menangis, malah memujuk ayahnya yang sedang kesedihan.

“Anak anak Syria. Kesusahan mengajar mereka lebih kuat. Mereka tidak ada masa untuk merintih atas apa yang berlaku. Tetapi mereka berjuang untuk terus hidup.

IKLAN

“Kami tahu, di kala negara sedang diuji dengan Covid-19, kita terpaksa mendahulukan yang lebih utama.

“Cuma kami juga perlu merayu untuk mereka dibantu, kerana mereka sudah diuji sejak 9 tahun yang lalu!

“Ramadhan bakal kembali menjengah kita seperti tahun-tahun sebelumnya. Kali ini, team Cinta Syria Malaysia akan ke Turki, Syria dan Lubnan jika keadaan kembali mengizinkan.

“Malah jika ada rezeki, wakil Cinta Syria Malaysia sendiri yang akan masuk ke dalam Syria menyampaikan bantuan dan amanah kalian secara terus kepada mereka.

IKLAN

“Ya, misi ini bahaya. Tetapi menyuap makanan kepada yang lapar, memberi minuman kepada yang dahaga jauh lebih utama.

“CSM menyasarkan RM 1,000,000 bagi misi Ramadhan Share Share Lah kali ini,” tulisnya.

Pada masa sama, Altimet turut menjelaskan badan berkenaan meletakkan sasaran sumbangan sebanyak RM1juta untuk tujuan tersebut.

Sasaran : RM 1,000,000
1 tajaan : RM100 (10,000 tajaan diperlukan)

IKLAN

“4Sumbangan ke akaun rasmi kami di atas nama Persatuan Cinta Syria Malaysia:
Maybank : 562834640983
Rujukan (reference): Ramadan

“Emailkan detail sumbangan ke: acc.tsdbj@gmail.com atau sumbangan atas talian.

“Kami turut menyediakan RESIT PENGECUALIAN CUKAI kepada penyumbang yang budiman. Untuk mendapatkan resit ini, boleh berhubung bersama HQ kami.

“TARIKH AKHIR SUMBANGAN ADALAH PADA 5 Mei 2020. MENYUMBANGLAH WALAUPUN RM10, ATAU SHARE POSTER INI!,” kongsinya panjang lebar sambil disusuli dengan beberapa hashtag.

View this post on Instagram

Gambar ini memberi kita seribu satu pengajaran. Bagaimana seorang ayah menangis kerana tidak mampu menyediakan makanan buat anaknya yang sedang kelaparan. Ajaibnya, anak beliau tidak ikut menangis, malah memujuk ayahnya yang sedang kesedihan. Anak anak Syria. Kesusahan mengajar mereka lebih kuat. Mereka tidak ada masa untuk merintih atas apa yang berlaku. Tetapi mereka berjuang untuk terus hidup. Kami tahu, di kala negara sedang diuji dengan Covid-19, kita terpaksa mendahulukan yang lebih utama. Cuma kami juga perlu merayu untuk mereka dibantu, kerana mereka sudah diuji sejak 9 tahun yang lalu! Ramadhan bakal kembali menjengah kita seperti tahun-tahun sebelumnya. Kali ini, team Cinta Syria Malaysia akan ke Turki, Syria dan Lubnan jika keadaan kembali mengizinkan. Malah jika ada rezeki, wakil Cinta Syria Malaysia sendiri yang akan masuk ke dalam Syria menyampaikan bantuan dan amanah kalian secara terus kepada mereka. Ya, misi ini bahaya. Tetapi menyuap makanan kepada yang lapar, memberi minuman kepada yang dahaga jauh lebih utama. CSM menyasarkan RM 1,000,000 bagi misi Ramadhan Share Share Lah kali ini. Sasaran : RM 1,000,000 1 tajaan : RM100 (10,000 tajaan diperlukan) Sumbangan ke akaun rasmi kami di atas nama Persatuan Cinta Syria Malaysia: Maybank : 562834640983 Rujukan (reference): Ramadan Emailkan detail sumbangan ke: acc.tsdbj@gmail.com ATAU Sumbangan secara atas talian di – cintasyriamalaysia.com/donations/ramadanmissioncsm/ cintasyriamalaysia.com/donations/ramadanmissioncsm/ cintasyriamalaysia.com/donations/ramadanmissioncsm/ ATAU (klik link di bio) Kami turut menyediakan RESIT PENGECUALIAN CUKAI kepada penyumbang yang budiman. Untuk mendapatkan resit ini, boleh berhubung bersama HQ kami di +601124407539 TARIKH AKHIR SUMBANGAN ADALAH PADA 5 Mei 2020. MENYUMBANGLAH WALAUPUN RM10, ATAU SHARE POSTER INI! #Sharesharelah #Ramadansharesharelah #CintaSyriaMalaysia #yourhelptheirfuture

A post shared by Altimet (@altimet) on

Terdahulu, tular klip rakaman sekumpulan pelarian Syria menitipkan doa buat rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan penularan wabak Covid-19 sehingga meragut 35 nyawa.

Foto : Instagram Altimet

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI