“Seorang Kena, Satu Keluarga Akan Kena, Kemudian Jiran,” – Finalis Hero Remaja 2020, Jabir Meftah Proaktif Ambil Langkah Berjaga-Jaga Hadapi Covid-19

Share

Finalis Hero Remaja 2020, Jabir Meftah mengambil langkah berjaga-jaga berkenaan wabak coronavirus (COVID-19) yang melanda negara kini.

Jabir, 20, turut menasihati agar masyarakat perlu menitikberatkan soal kesihatan dan berkongsi beberapa tips berdepan dengan situasi sedemikian.

“Assaalamualaikum, Jabir nak cerita sikit pasal coronavirus, ia adalah satu penyakit yang sangat bahaya terutama untuk golongan tua dan yang ada penyakit kronik.

 “Jadi, untuk orang-orang muda, Insyallah tak ada masalah. Tapi kita bahaya apabila kita terjangkit dengan coronavirus. 

“Kita akan bawak benda tu jumpa orang tua dan orang tua itu jadi mangsa coronavirus.

“Jadi, Jabir nak sarankan kepada mereka diluar sana, tolong jaga dan berhati-hati sebab benda ini sangat senang untuk merebak.

“Apabila seorang yang kena, satu keluarga akan kena, kemudian jiran.

“Orang yang hantar pesakit ke hospital pun akan dapat penyakit ini dan ia sangat senang untuk merebak. Oleh itu, korang kena berhati-hati. 

“Di Itali, dalam masa dua minggu satu negara kena lockdown, maksudnya kalau tak lockdown sistem negara akan hancur.

“Jabir bukan nak suruh korang panik, tapi please take extreme precautions,” katanya sambil merakam video berdurasi kira-kira seminit itu. 

Sehingga kini, kes COVID-19 mencatatkan 198,412 kes seluruh dunia dengan 7,984 bilangan kematian, meningkat hampir 2000 dalam masa hanya dua hari.

Di Itali pula, sebanyak 345 kematian dicatatkan sehingga hari ini.

Video : Instagram Jabir Meftah

Published by
MH