Bintang terkenal, Erra Fazira mengakui pada fasa sekarang hubungannya dengan Shahir, dia tidak perlu ada istilah ‘declare’ atau tarik tali di dalam hubungan persahabatan yang terjalin.

Katanya lagi, untuk mengesahkan sama ada mereka benar-benar punya hubungan istimewa atau pun sebaliknya, dia bukanlah remaja yang perlu mengatakan mereka sedang bercinta.

“Saya tarik tali? Kejap ada kejap tak ada (hubungan cinta)? Saya ni bukanlah budak-budak muda remaja yang perlu cakap ya, kami couple. Fasa untuk declare tu tiadalah lagilah. Kalau rasa masing-masing selesa, kita go with the flow.

 

“Setakat mana yang kita termampu sahajalah. Bukan lagi bila berpasangan, kita perlu keluar dating selalu, tidaklah. Saya lebih suka untuk berkawan, jadi friendly terlebih dahulu, berkawan dan hinggalah pada fasa seterusnya. Jadi matang sikitlah,” kata Erra jujur.

Ditanya mengenai penerimaan rakan-rakannya mengenai hubungan baik bersama Shahir, pelakon Persona Non Grata itu mengakui ada yang suka dan sebaliknya.

Ads

Bagaimanapun, sebagai manusia dia sendiri tidak sempurna dan tidak boleh memaksa orang lain untuk ‘bersetuju’ dengan apa sahaja keputusannya.

Ads

“Biasalah, ada yang suka dan tidak. Bagi saya, seorang rakan yang baik akan mendoakan yang baik-baik untuk diri kita dan pada masa sama, nasihatkan kita apa yang terbaik.

 

“Bukanlah bermakna mereka perlu suka apa yang kita suka, tetapi pendirian mereka itu mungkin daripada perspektif yang berbeza. Saya tiada masalah untuk itu,” terangnya.

Terdahulu, Erra ditemui di majlis rumah terbuka pihak pengurusan artis, Mind Order di Shah Alam, baru-baru ini.

Ads

Mengulas mengenai apakah sisi positif yang dilihat dalam diri penyanyi Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu, Erra menjelaskan apabila semakin matang, dia sedar bahawa tiada lelaki yang boleh memenuhi semua kriteria yang diidamkan.

“Saya sedar tidak wujud lelaki yang boleh penuhi semua ciri yang kita mahukan. Tiada yang sempurna, begitu juga dengan kita.

 

“Jadi saya selesa berkawan dengannya sebab ada benda yang saya tidak tahu, dia tahu. Begitu juga sebaliknya,” akhiri Erra.

https://www.instagram.com/p/BlLLpAtF94u/?hl=en&taken-by=errafazira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI