
Bersempena dengan sambutan hari lahir ke-38, pelakon Intan Ladyana menerima jambangan bunga mawar daripada kekasih hati, penyanyi remaja Harris Alif.
Bintang Jangan Pandang Belakang itu berkongsi foto jambangan bunga yang diterima menerusi satu hantaran di Instgaram.
“Terima kasih,” tulis Intan ringkas bersama emoji berbentuk hati.
Menerima ratusan komen peminat pada entri tersebut, Harris menerusi platform sama turut memuat fotonya bersama Intan.
“Happy birthday my lucky charm,” tulis Harris pada kapsyen foto berkenaan lalu disusuli dengan pelbagai komen peminat. Antaranya;
Terdahulu, keduanya difahamkan sudah saling mengenali sejak sekian lama, bagaimanapun hubungan mereka mulai serius sejak Februari lalu.
Foto: Instagram Intan Ladyana, Harris Alif
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Meski Suka Imej Rambut Panjang, Nadhir Nasar Sanggup Botakkan Kepala Demi Watak

Mengakui lebih suka dengan penampilan rambut panjang, namun pelakon Nadhir Nasar sanggup untuk memotong pendek rambutnya demi memenuhi tuntutan watak.
Penampilan terbaharunya berambut pendek turut menarik perhatian peminatnya yang rata-rata menyukai imej tersebut.
“Hampir dekat dua tahun saya simpan rambut panjang. Saya suka dengan rambut panjang tetapi apabila dah potong pendek maksudnya it’s something serious coming in. Insya-Allah lepas raya ini akan mula penggambaran.
“Saya sanggup buat apa sahaja termasuklah botakkan rambut sekiranya memang itu naskah yang saya nak buat. Nak suruh saya jadi apa pun saya akan buat,” katanya.
Menurut pelakon berusia 26 tahun ini antara sebab dia suka menyimpan rambut panjang adalah kerana ia menampakkan seseorang itu kelihatan lebih matang dan berseni.
“Sejujurnya saya suka rambut panjang. Untuk saya imej rambut panjang lagi nampak matang dan berseni. Ala-ala macam Datuk M. Nasir dan Datuk Jamal Abdillah dulu.
“Lepas ini saya akan simpan rambut panjang balik lepas habis penggambaran,” kata Nadhir lagi.
Bakat Nadhir mula dicungkil selepas memenangi pertandingan Hero Remaja 2020 anjuran majalah Remaja.
Dikenali pelakon yang cukup berkarakter, kesemua naskhah lakonan Nadhir mendapat pujian ramai seperti I-Tanggang, Projek: Anchor SPM dan Nusyuz Berkiblat Cinta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nadhir Nasar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“MasyaAllah…Nampak Moden, Tapi Agama Jadi Keutamaan,”- Dah Pandai Hafal Surah 3 Qul, Anak Eina Azman Dipuji

Pelakon Datin Paduka Eina Azman telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, video tersebut kelihatan anak-anak Eina sudah menghafal surah ayat 3 Qul.
“3 Qul by @aubreykarl #3yearsold” tulisnya.
View this post on Instagram3 Qul by @aubreykarl ? #3yearsold
A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on
Lantas, peminat memuji pelakon yang berusia 24 tahun itu kerana masih mementingkan agama walaupun Eina kelihatan seperti moden.
Malah, peminat juga turut gembira apabila melihat anak Eina yang sudah menghafal ayat surah 3 Qul.
Eina atau nama sebenar Ainur Syakina Azman telah mendirikan rumahtangga bersama Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Hurden pada tahun 2014.
Pasangan ini dikurniakan sepasang anak kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef , 3 tahun.
Video : Instagram Eina Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syamsul Tak Nak Lafaz Talak, Puteri Sarah Kemuka Bukti Baru Dakwa Pernah Dipukul

“Saya tak mahu buka cerita mengenai kejadian itu. Akan tetapi Syamsul tidak mahu melepaskan saya.”
Demikian Puteri Sarah yang terpaksa mengemukan bukti baharu kepada mahkamah dengan mendakwa dirinya pernah dipukul suaminya, pengarah Syamsul Yusof.
Menurut Puteri Sarah, 38, dia bagaimanapun tidak membuat sebarang laporan polis selepas kejadian tersebut kerana ketika itu masih lagi wujud rasa cinta terhadap suaminya.
Sarah turut mendakwa, ibu mentuanya iaitu Datin Patimah Ismail yang menyelamatkannya dengan membawa dirinya keluar dari rumah.
“Masa itu tak buat (laporan) sebab sayang… bila orang kata saya buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Sebab saya tak mahu buka aib, malah tiada siapa yang tahu mengenak perkara itu.
“Yang selamatkan saya ketika itu ialah ibu mentua saya. Dia yang keluarkan saya daripada rumah pada tiga tahun lalu. Malah Syamsul pun tahu kenapa (keluar rumah),” katanya kepada MH.
Puteri Sarah ditemui ketika menghadiri sebutan pertama kes perceraian yang difailkan terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur pada Selasa.
Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata insiden dipukul itu merupakan salah satu fakta anak guamnya keluar dari rumah.
“Itu (dipukul) antara fakta mengapa Sarah membuat keputusan keluar rumah. Kami kemukakan fakta ini selepas Syamsul menuduh anak guam saya bertindak keluar dari rumah (nusyuz).
“Jadi pihak kami perlu memberikan penerangan kepada mahkamah apa yang sebenarnya berlaku. Selepas kejadian itu, beliau (Sarah) kembali semula ke rumah atas sebab jasa baik pihak keluarga mentua.
“Jadi, Syamsul memberi andaian dan gambaran bahawa anak guam saya yang keluar ke rumah tanpa izin. Itu tidak betul sebab anak guam saya ada asas,” katanya.
Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusofdiperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Pada prosiding itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI