Pelawak Achey berharap pihak stesen televisyen dapat mempertimbangkan cadangan untuk memperbanyak program sitkom seperti Sepahtu Reunion Live khusus buat pelawak pelapis.
Menurut pemilik nama lengkap, Mohd Nasir Hamzah, dia kasihan melihat nasib pelawak-pelawak baharu yang tiada peluang untuk menonjolkan bakat mereka di media arus perdana.
“Untuk program seperti Sepahtu Reunion Live, ia merupakan program yang sangat kuat. Nama mereka juga sudah gah. Mereka merupakan sahabat saya yang terus kekal relavan
“Namun, saya mengharapkan pihak stesen televisyen akan memperbanyakkan program seperti itu supaya boleh menjadi rantaian dan peluang buat pelawak-pelawak baru yang sedang meningkat naik.
“Kesian kepada pelawak baru. Mereka tiada platform. Kena adakan sitkom-sitkom baharu. Walaupun, bajetnya tidak setinggi mana tapi kena adakan juga demi kelangsungan pelawak-pelawak ini,” katanya kepada MH.
Ads
Sementara itu, anggota kumpulan lawak, Bocey ini turut memaklumkan dirinya sentiasa bersedia sekiranya diberikan tawaran untuk muncul di program-program televisyen.
“Keinginan untuk muncul di televisyen itu masih ada. Kita pun bermula daripada tv jadi, kita tidak akan lepaskan kalau diberikan peluang.
“Cuma, buat masa sekarang, boleh dikatakan peluang itu memang tidak ada. Saya hanya mendapat jemputan untuk program-program bual bicara. Itu pun hanya setengah jam.
Ads
“Untuk program panjang, berepisod atau sitkom, memang tiada. Boleh dikatakan situasi ini bermula sejak Arwah Abam meninggal,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, para peminat juga masih boleh menyokong karya-karyanya dengan mengikuti perkembangannya di media sosial.
“Saya tak melihat diri saya dipinggirkan tapi saya anggap ia sebagai ujian. Ini bahagian saya. Saya ibaratkan kerjaya saya seperti roda. Dulu saya di puncak, ketika ini, saya di pertengahan.
Ads
“Saya tak rasa peminat tak memerlukan saya lagi. Kita punyai platform media sosial yang masih kuat.
“Bila buat live di platform media sosial, peminat kerap bertanya, bila saya nak muncul di televisyen.
“Saya hanya menjawab, ikutilah konten-konten saya di media sosial. Walaupun tak berbayar, itulah hadiah saya buat peminat. Daripada situ juga, terbuka pula rezeki lain,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Achey juga kini sibuk menguruskan beberapa bisnes seperti bengkel motosikal dan Tiara Candy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Wany Hasrita yang selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati, Al Adib Fahmi berbesar hati kepada semua tetamu yang sudi hadir pada majlis hari bahagianya.
Wany pada masa sama akui dia tidak jangka ramai yang hadir dan meminta maaf andai ada yang terkurang.
Perkara itu diluahkan penyanyi yang sinonim dengan lagu Menahan Rindu ini menerusi Instagram, baru-baru ini.
“Terima kasih pada semua tetamu yang hadir. Jumlah tetamu agak luar biasa, dan saya sendiri tak sangka ramai yang hadir meraikan hari kami. Wany nak minta maaf andai ada yang terkurang, tak terlayan ya.
“Kenduri yang ni sangat last minit sebenarnya, dan wany memang buat ala-ala open house. Simple tapi masihhh bersiap,” kongsinya.
Wany dan suamu diraikan oleh kenalan, media dan peminat-peminatnya dalam majlis kesyukuran yang diadakan di Ruscus Hall Forest Valley, Bukit Mahkota Cheras, Kuala Lumpur Ahad lalu.
Selain itu, Wany juga sempat memberikan kredit kepada semua pihak yang memastikan majlis anjuran berjalan lancar.
“Thank youuuu so much kak @ejashahril. Wany mesej Kak Eja agak last minit juga, alhamdulillah boleh selit slot.
“Thank you juga pada @leanorweddings x @karyaimpi setup dewan dalam masa 2 jam je. Tak lupa pada @forestvalleyhall, thank you so much.
“Ayah sebenarnya request buat area Cheras sahaja sebab ramai kawan di sini. Nasib baik @forestvalleyhall free juga malam 24 tu. Thank youuu again,” tulisnya lagi.
Pada Jumaat lalu, Wany selamat bergelar isteri Al-Adib dengan dua kali lafaz akad nikah.
Pasangan sejoli ini diijabkabulkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Hasbullah Hassan, 56, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berjaya melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), penyanyi, Aina Abdul ada menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus menyokongnya selama ini.
Menurut Aina, segala pencapaian ini terhasil daripada berkat doa ahli keluarga dan seluruh peminat yang tidak henti-henti menyatakan sokongan terhadap lagu Semalam.
“Alhamdulillah. Semalam mara ke final Ajl35. Rezeki dan peluang ini Aina hadiahkan kepada semua yang membantu Aina ke saat ini. Doa maa dan semua family members yang kuat untuk Aina. Miss you and love you!
“Fans yang mengundi lagu Semalam tanpa henti berminggu-minggu di Muzik-Muzik, my dear Ainations, walaupun kita berjauhan, but I can feel your heart and soul close to me.
“Kepada pihak tv3 dan para juri, Terima kasih atas penghargaan ini untuk berjuang bersama 11 lagu hebat di pentas akhir Ajl35,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Aina menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram pada Rabu.
Dalam pada itu, Aina turut berterima kasih kepada seluruh tenaga kerja pasukannya yang telah berkerja keras bagi merialiasikan apa yang dihajatinya.
“Dan last but not least, my team. This is for all of you yang berkerja keras memikirkan apa yang terbaik untuk Aina..yeayyy!
“Terima kasih tak terhingga buat semua yang membantu perjalanan lagu Semalam dari awal pembikinan hingga ke tahap ini! Lets work hard for Ajl35,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah salain turut mendoakan semoga segala urusan Aina pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35 nanti akan dipermudahkan.
Untuk rekod, Anugerah Juara Lagu ke-35 merupakan penyertaan kedua berturut-turut buat Aina selepas kali terakhir pada edisi tahun lalu dengan mempertaruhkan lagu Sumpah.
Sumber: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...