Isteri kepada pelakon popular, Datuk Adi Putra, Datin Aida Yusof reda nantikan rezeki cahaya mata, meski sudah hampir 15 tahun mendirikan rumah tangga.
Malah, Aida turut berkongsi rasa menerusi temu bual bersama majalah Nona baru-baru ini lalu ia dikongsikan Aida menerusi Instagram, beberapa minggu lalu.
Video tersebut antara lain turut memaparkan kisahnya yang sebelum ini pernah menjalani kaedah rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) sebanyak empat kali.
Malah, dia turut akui pernah hamil kembar sebanyak tiga kali manakala yang terakhir adalah kembar tiga (triplet).
“Sepanjang 14 tahun berkahwin, jujurnya saya dah pernah buat IVF empat kali… Tiga kali mengandung kembar dan yang terakhir sekali triplet.
“IVF tak membebankan walaupun saya terpaksa ambil suntikan setiap hari di kiri dan kanan perut. Saya tetap tidak berputus asa kerana saya sukakan kanak-kanak. Dapat seorang pun okay.
“Suami banyak beri semangat. Selagi belum ada rezeki kami akan terus cuba. Saya ambil semangat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia tunggu 11 tahun untuk dapatkan zuriat.
“Saya reda. Walaupun tak dikurniakan anak, saya sudah ada dua orang anak angkat,” katanya lagi.
Sementara itu, Aida hanya menulis kapsyen ringkas iaitu ‘My Diary: 25.03.2019’. Lalu di ruangan komen yang ditinggalkan pengikutnya pula, rata-rata memberikan tips dan kata semangat buatnya agar terus kuat dan bersabar.
Foto: Instagram Aida Yusof
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI