Pengacara, Fedtri Yahya memohon agar orang ramai dapat menitipkan doa buat bapanya yang kini dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital selepas disahkan positif Covid-19.

Jelas Fedtri, sepanjang 72 tahun usia bapanya itu, ini merupakan kali pertama dia dimasukkan ke hospital.

“Beraya di hospital. Doakan ayah saya yang diuji positif. Pertama kali masuk hospital pada usia 72 tahun. Semoga dikurniakan kesembuhan segera.

“Juga buat keluarga abang saya yang semuanya diuji positif. Berkat kemuliaan hari arafah dan Zulhijjah, semoga baik-baik semuanya,” tulisnya.

Ads

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pengacara program, Malaysia Hari Ini itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Sepanjang 72 Tahun, Ini Kali Pertama Dia Masuk Hospital,” – Bapa & Seluruh Keluarga Abang Positif Covid-19, Fedtri Yahya Pohon Doa “Sepanjang 72 Tahun, Ini Kali Pertama Dia Masuk Hospital,” – Bapa & Seluruh Keluarga Abang Positif Covid-19, Fedtri Yahya Pohon Doa

Katanya lagi, selain bapaya, seluruh ahli keluarga abangnya juga turut dikhabar telah dijangkiti wabak berkenaan.

Ads

“Sepanjang 72 Tahun, Ini Kali Pertama Dia Masuk Hospital,” – Bapa & Seluruh Keluarga Abang Positif Covid-19, Fedtri Yahya Pohon Doa

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga seluruh ahli keluarga Fedtri segera sembuh dan bebas daripada wabak Covid-19 ini.

“Semoga ayahanda cepat sembuh.

Ads

“Syafakallah buat ayah dan keluarga abang ye. Semoga dikurniakan kesembuhan dan dijauhkan dari segala kemudaratan. InsyaAllah Ameen.

“Pakcik Yahya, moga cepat sembuh ya. Saya doakan kesihatan buat pakcik dan semoga semuanya baik-baik sahaja.

“Allahu, doa dan sabar banyak-banyak ya bang. Miga kalian sembuh dan dijauhi wabak kronik ini. Amin YRA,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Sumber: Instagram Fedtri Yahya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI