Pelakon yang kini bergelar pengarah, Hairul Azreen mendedahkan sebelum ini isterinya yang juga pelakon dan hos, Hanis Zalikha tidak pernah kunjungi lokasi penggambaran drama atau filem masing-masing kerana ‘segan’.

Malah jelasnya, kali pertama Hanis melawatnya di set lokasi filem Paskal beberapa tahun lalu.

“Ada orang datang set kita la hehehe, Sepanjang kami couple & selepas hidup bersama wife saya tak pernah datang tengok saya shoot sebab kami berdua segan

“Tetapi set shooting PASKAL adalah set kali pertama @haniszalikha datang tengok saya belakon sebab saya cakap saya bangga buat cerita ni, 2nd dia datang set filem WIRA & buat kejutan sebab masa tu birthday saya, kali ke-3 di set filem PASAL KAU, masa tu sy tembam,” tulisnya di Instagram.

Ads

Bagaimanapun baru-baru ini, ibu kepada dua cahaya mata itu membuat kejutan dengan sekali lagi melawat Hairul di lokasi filem arahannya, Ada Hantu.

“Semalam dia datang di set ADA HANTU!! Saya sebagai director. Wife saya cakap dia selesa datang set @adrianteh19 walaupun dia tak nak belakon dlm cerita ni.

Ads

“Puas saya pujuk hehehe, terima kasih susah2 datang sejauh ni. Love you Hanis Zalikha,” tulis Hairul lagi.

“Sepanjang Couple & Hidup Bersama, Isteri Tak Pernah Datang Tengok Saya Shooting Sebab…,” – Buka Rahsia, Ini Cerita Hairul Azreen

Ads

Sementara itu menerusi Ada Hantu, Hairul bekerjasama dengan Adrian Teh selaku penerbit dan filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, serta penampilan istimewa Henley Hii, Theebaan G, Dafi Ismail Sabri dan ramai lagi.

Penggambaran filem tersebut telah pun bermula di beberapa lokasi sekitar Pulau Carey, Selangor dan dijangka bakal menemui penonton tahun hadapan.

Hairul pada masa sama juga bakal muncul dalam dua filem aksi terbaru iaitu Abang Long Fadil 3 dan Bakara.

Foto: Instagram Hairul Azreen

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI